Featured By: Fadzlena Jafar April 28, 2020 @ 9:41pm

Malaysia catat kematian ke-100 akibat COVID-19

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan pertambahan satu lagi kes kematian akibat COVID-19 setakat jam 12 tengah hari tadi, sekali gus mencatat kematian ke-100 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kematian berkenaan menjadikan Malaysia kini mencatat 1.7 peratus kes kematian daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di negara ini.

“Kes kematian ke-100 iaitu kes ke-3,628 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

“Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 4 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 28 April 2020 jam 9.40 pagi,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Kematian pesakit COVID-19 hanya dikendalikan oleh petugas kesihatan. (Gambar hiasan/Sumber Astro Awani)

Sementara itu, terdapat 75 kes yang pulih dan dibenarkan keluar daripada hospital pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 4,032 kes atau 68.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Selain itu, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah terbabit, 17 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini terdapat 31 kes baharu yang dilaporkan, sekali gus menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 5,851 kes.

“Daripada 31 kes baharu positif COVID-19, 10 kes adalah kes import dan 21 kes adalah kes yang dikesan daripada saringan dilakukan dan kebanyakan daripada kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD),” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Aug 2018

Jangan Tahan Bersin Jika Tidak Mahu Saluran Dalam Otak Pecah

Menahan bersin berkemungkinan menyebabkan tekak, gegendang telinga atau saluran darah dalam otak pecah.

Featured Thu, 27 Feb 2020
Featured Fri, 11 Nov 2022

“Six Seratus Sudah Sayang!” – Gelagat Maryam Tersasul Buat Netizen Ketawa

Sudah pasti ramai yang mengenali pasangan suami isteri Maryam Younarae dan suaminya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim yang sering kali mencuit hati peminat dengan telatah comel mereka. Terbaharu, rakaman siaran langsung pasangan itu telah dimuat […]

Featured Fri, 28 Oct 2022

“Kalau Kenen Gurau Tak Apa, Jangan Pula…” – Peminat Suka Gandingan Khai Bahar & Hawa Rizwana

Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar sudah memahami permainan netizen yang suka mengaitkan dia menjalin cinta dengan wanita disekitarnya. Baru-baru ini, peminat telah mengaitkan Khai dengan pengacara dan penyampai berita, Hawa Rizwana. Namun, pelantun lagu Bayang […]

Featured Thu, 18 Aug 2022
Featured Thu, 24 Nov 2022