Categories: FeaturedGaya Hidup

Menangi Kereta Aston Martin DB11 Bernilai RM2 Juta Dengan Hanya Membeli-Belah Di Airport

Good news buat si kaki shopping!

Biasanya, kalau kita nak shopping pasti akan ke pusat membeli-belah berdekatan kan? Tapi, tahukah anda di airport juga anda boleh membuat perkara yang sama? Ya, anda boleh shopping sepuas-puasnya di airport!

Untuk pengetahuan anda, Malaysia Airports sedang melaksanakan kempen membeli-belah di mana anda boleh menyertai peraduan untuk menangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih daripada RM20 juta! Wow!

Menariknya, tema bagi peraduan ini adalah adaptasi daripada filem aksi popular dengan elemen jenayah, misi rahsia dan pengintipan sebagai plot utama dalam kempen ini. Nak tahu macam mana nak sertai?

Anda hanya perlu ‘habiskan’ duit dengan shopping sakan di 5 lapangan terbang antarabangsa yang beroperasi di bawah Malaysia Airports iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Foto: The Malaysian Times

Untuk melayakkan diri dalam pertandingan ini, anda perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 di mana-mana kedai di salah satu daripada 5 lapangan terbang tersebut. Ingat, perbelanjaan sebanyak RM250 adalah untuk satu penyertaan sahaja!

Tapi, bagi anda yang membuat bayaran menerusi aplikasi e-wallet Boost atau menggunakan kad kredit Maybank, anda layak untuk menghantar 10 penyertaan! Bukan itu sahaja, mereka yang menggunakan perkhidmatan Malaysian Airlines juga layak untuk menghantar 10 penyertaan. Untung betul!

Hadiah-hadiah yang ditawarkan pula memang awesome! Jadi, tersangatlah rugi kalau anda tak menyertai peraduan ini! Antara hadiah-hadiahnya adalah:

  • Hadiah Utama

Sebuah kereta mewah, Aston Martin DB11 bernilai RM2 juta dan tiket pergi balik Malaysia Airlines Kelas Bisnes untuk 2 orang ke London serta lawatan eksklusif ke kilang Aston Martin.

  • Hadiah Pertama

Percutian ke Langkawi menaiki jet peribadi termasuklah pakej penginapan bertaraf 5 bintang di Pulau Langkawi.

  • Hadiah Kedua

Pelayaran persendirian di Laut Andaman dengan pakej penginapan 5 bintang di Pulau Langkawi.

  • Hadiah Ketiga

Pakej penginapan bertaraf 5 bintang di Pulau Langkawi.

  • Hadiah Bulanan

Tiket pergi balik Malaysia Airlines Kelas Bisnes untuk 2 orang ke Brisbane, Auckland, Bombay, Chongqing, Surabaya dan Hong Kong.

  • Instant reward

Baucer Astro Go Shop bernilai RM20 untuk anda yang berbelanja RM250 dalam satu resit.

Menarik kan? Bukan sahaja anda, penulis sendiri pun rasa teruja serta berkobar-kobar nak shopping dan sertai peraduan ini! Hadiah-hadiah yang ditawarkan memang menarik! Kalau menang memang berbaloi!

Selain itu, pemenang bagi hadiah utama dan hadiah bulanan juga akan disiarkan dalam laman web FlyKLIA di samping pemenang turut diberi peluang untuk berkongsi pengalaman mereka bersama Malaysia Airlines.

Bagi anda yang dah tempah tiket penerbangan untuk pergi holiday, apa kata sebelum berangkat ke destinasi yang dikunjungi, anda shopping terlebih dahulu. Manalah tahu rezeki anda dapat menang kereta Aston Martin kan?

Jadi, tunggu apa lagi, jom shopping di airport sekarang. Cuti sekolah pun hampir tiba, jadi bolehlah bawa anak-anak berjalan-jalan sambil membeli-belah di airport, pasti mereka akan happy!

Foto: TheStar

Paling penting sekali, jangan lupa beritahu keluarga dan rakan-rakan untuk shopping di airport dan sertai peraduan ini okay! Peraduan ini sedang giat berlangsung dan akan tamat pada 31 Disember nanti. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, anda juga boleh melayari https://licencetowin.com.my/.

Selamat membeli-belah!

tex_admin