Categories: FeaturedOh Lawa

13 Beg Tangan Pelik-Pelik Yang Selebriti Barat Pernah Bawa Ke Acara Karpet Merah

Selalunya di acara red carpet, semua orang akan fokus kepada busana yang diperagakan oleh artis atau tetamu yang hadir. Kalau tak pakaian, mereka pasti akan sibuk mengagumi kasut, ataupun stail rambut dan makeup selebriti di situ.

Mungkin sebab itulah ramai daripada mereka tak pentingkan sangat beg tangan yang mereka nak bawa. Selalunya mereka pilih stail yang biasa-biasa ataupun tak bawa langsung.

Walau bagaimanapun, ada selebriti yang tak lepaskan peluang untuk menggunakan beg tangan bagi meningkatkan lagi impak yang mereka boleh berikan kepada orang ramai di acara karpet merah itu. Kononnya beg itu merupakan aksesori yang penting.

Tapi bosanlah kalau simple-simple. Di bawah ini, lihat 13 selebriti wanita tak segan untuk membawa handbag yang lain macam dan luar biasa.

Angelina Jolie: Gari

Foto: Getty Images

Clutch Louis Vuitton berharga $15,000 ini datang sekali dengan sebuah gari! Angelina telah memakainya ketika menghadiri pelancaran filem Brad Pitt Moneyball di Toronto pada 2011.

Gigi Hadid: Sebuah botol wain

Foto: Nicholas Hunt/Getty Images for The Business of Fashion)

Okay, beg ini memang tak boleh menyimpan handphone ataupun lipstick. Untuk ke majlis pertunjukan fesyen Brandon Maxwell pada New York Fashion Week, Gigi telah membawa sebuah bekas lutsinar yang berisi sebuah botol wain rosé. “Beg” itu telah direka bentuk oleh Brandon sendiri.

Gwendoline Christie: Dinosaur

Foto: Mark Robert Milan/GC Images)

Pelakon Game of Thrones ini memakai dress bercorak bibir di sebuah acara Prada di London. Dia juga membawa beg tangan berbentuk dinosaur triceratops berwarna perak. Confident!

Helena Bonham Carter: Istana

Foto: Mike Marsland/WireImage)

Sepanjang kerjayanya, pelakon ini beberapa kali telah memainkan watak permaisuri. Jadi tak hairanlah bila dia membawa beg berbentuk istana ke premiere filem Harry Potter and the Half-Blood Prince di London. Atap istana ini boleh ditanggalkan supaya barang boleh disimpan di dalamnya.

Jameela Jamil: Tin Coca-Cola

Foto: David M. Benett/Getty Images for Pandora)

Untuk sebuah event Pandora, personaliti TV dari Britain ini membawa sebuah beg berbentuk tin minuman Coca-Cola! Siap ada selak kunci dan pemegang yang diperbuat daripada mutiara berwarna merah.

Katy Perry: Pil

Foto: Julien Hekimian/Getty Images)

Penyanyi ini telah pasangkan outfit birunya dengan beg berbentuk pil biru-putih dari jenama Christian Louboutin. Perkataan “500 ml” tertera di atasnya serta tanda tangan Louboutin.

Kendall Jenner: Beg pistol

Foto: by Raymond Hall/GC Images)

Kendall mewujudkan kontroversi di New York setelah dilihat membawa beg yang berbentuk pemegang pistol. Beg ini berjenama Private Policy dan ia tersangkut di lubang tapi pinggang seluarnya.

Lady Gaga: Telefon

Foto: Alo Ceballos/FilmMagic)

Sama dengan outfit, penyanyi ini terkenal dengan aksesori yang luar biasa. Antara yang paling menarik adalah sebuah telefon yang mempunyai tempat tekan nombor, tali panjang dan gagang.

Lily Aldridge: Ikan

Foto: Axelle/Bauer-Griffin/FilmMagic)

Untuk acara Met Gala, pelakon ini membawa clutch berbentuk ikan koi yang mempunyai ciri-ciri rumit termasuklah sisik dengan berlian, sebiji mata dan sirip biru dan putih di mana Lily boleh memasukkan jarinya untuk pegang.

Lily Allen: Russian Doll

Foto: Philip Ramey/Corbis via Getty Images)

Penyanyi ini telah difotograf memegang beg tangan Chanel yang berinspirasikan Russian Doll di banyak acara. Beg ini berupa anak patung dengan muka baby, sekuntum bunga di rambutnya dengan 3 logo Chanel sebagai butang. Ada tali yang bersangkut dengan bahagian kepala yang boleh ditanggalkan untuk meletakkan barang.

Lupita Nyong’o: Nanas

Foto: Daniel Zuchnik/WireImage)

Pelakon ini adalah seorang peminat beg tangan clutch dari jenama Leiber. Dia telah membawa satu daripadanya ke acara the 2018 Accessories Council Awards di New York. Ia berupa sebuah nanas yang dilekatkan berlian padanya. Ia boleh dibelah dua untuk isikan barang dan ditutup balik dengan butang di atas.

Michelle Williams: Buku ‘Catcher in the Rye’

Foto: Jeffrey Mayer/WireImage)

Itu bukan buku tapi beg tangan yang direka bentuk oleh Olympia Le-Tan! Inspirasinya datang daripada buku klasik yang ikonik, iaitu Catcher in the Rye. Nampak macam buku betul tapi bila dibuka, bahagian tengahnya kosong dan boleh diisi dengan barang.

Paula Abdul: Tin minuman Pepsi

Foto: Jeffrey Mayer/WireImage)

Kali ini tin minuman Pepsi pula yang dibawa. Memang sebiji macam tin betul kecuali ia dilitupi dengan berlian dan ada tali pemegang berwarna emas.

Beg mana yang anda rasa nampak menarik? Anda berani tak bawa ketika berjalan-jalan?

Sumber: Stylecaster

Ad Ops