Ingatkan Senang Rupanya Tidak, Diana Danielle Kongsi Rahsia…

“ Tengok dulu sebelum membuat perbandingan. Sebenarnya langsung tak sama,” kata pelakon utama Diana Danielle ketika ditanya respon apabila peminat mula membandingkan filem Gol & Gincu Vol 2 dengan yang terdahulu.

Terdahulu, filem Gol & Gincu pernah ditayangkan pada tahun 2005 di mana pelakon Fazura memegang watak utama di samping Pierre Andre.

Kali ini, Diana memegang watak utama bersama pelakon Ummi Nazeera. Menurut Diana, watak Zak yang pada mulanya dianggap mudah rupanya sukar.

“ Saya perlu potong rambut jadi pendek, kurangkan berat badan dan bermain futsal. Sebenarnya saya tak tahu bermain futsal tapi demi Gol & Gincu 2, saya sahut cabaran ini,” katanya.

Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Farid Kamil ini berharap penonton tidak terus membandingkan Gol & Gincu terdahulu dengan sekuel terbaru ini.

Gol & Gincu 2 mengisahkan Zak ( Diana Danille) dan Yaya ( Ummi Nazeera) yang memiliki nama sama tetapi personaliti mereka amat berbeza. Banyak konflik yang timbul ketika melakukan kerja amal di sebuah rumah remaja bermasalah.

Jom ke pawagam bermula 25 Oktober ini!

SGMS Faida