Featured By: Yanie Baharom April 28, 2020 @ 10:00am

Menyesal potong rambut pendek dan mahu ia segera tumbuh? Cuba petua ini, tiga hari saja dah nampak perubahan!

Orang perempuan memang cantik kalau berambut panjang. Tampak ayu dan feminin.

Kebanyakan lelaki pun suka kalau kekasih atau isteri mereka berambut panjang, lebih-lebih lagi kalau disikat rapi atau diikat kemas.

Akan tetapi, untuk penampilan yang lebih segar ada wanita mengambil langkah berani dengan mencuba fesyen rambut pendek. Golongan ibu yang ada anak kecil biasanya gemarkan gaya ini kerana mudah diurus.

Bila sudah dipotong pendek, meronta hendak rambut panjang semula, apabila merasakan wajah kurang menarik dengan potongan sebegitu.

Kepada anda yang dah hampir kemurungan melihat wajah sendiri seperti tomboy, selain bimbang rambut lambat tumbuh, Hijab & Heels ingin berkongsi petua memanjangkan rambut dalam tempoh tiga hari sahaja.

Petua ini dikongsikan oleh Prachi, seorang vlogger terkenal dari Super Wow Style. Menurut Prachi, petua rahsia ini diwarisi daripada keluarganya.

Menurut Prachi, campuran beberapa ramuan semula jadi boleh membantu rambut tumbuh 30 hingga 40 peratus lebih panjang daripada sebelumnya.

Prachi juga menyarankan mereka yang mencuba petua ini mengambil gambar sebelum dan selepas untuk melihat keberkesanannya.

Foto: YouTube

Petua rambut panjang sepantas kilat!

Apa yang anda perlukan untuk menghasilkan ramuan khas ini adalah minyak kelapa, minyak kastor, kapsul vitamin E, daun lidah buaya dan dua mangkuk (satu kecil dan besar).

Mula-mula, potong daun lidah buaya dan keluarkan gelnya. Kemudian, sapukan daun tersebut di kulit kepala.

Selepas itu, ambil mangkuk kecil dan masukkan ramuan minyak tadi. Letak satu sudu kecil minyak kastor dan dua sudu kecil minyak kelapa.

Picit kapsul vitamin E yang boleh diambil dari serum rambut dan masukkan dalam mangkuk. Ambil mangkuk besar dan masukkan air panas. Letakkan mangkuk kecil berisi minyak itu di atas mangkuk besar.

Jangan sesekali letak adunan tadi di atas api, kerana minyak itu boleh terbakar. Selepas 5 minit, sapukan campuran tiga minyak itu tadi di kepala.

Urut kulit kepala perlahan-lahan selama dua hingga tiga minit kerana ini penting untuk meningkatkan pengaliran darah bagi mempercepatkan rambut untuk tumbuh.

Selepas selesai, ikat rambut tersebut dan bungkus dalam kain tuala serta tidur. Basuh rambut anda keesokan paginya. Rambut akan mula nampak perubahan dalam masa dua hingga tiga hari.

Boleh rujuk video di bawah sebagai panduan

Sumber: YouTube

Ramai yang sudah mencubanya dan mengakui petua ini berkesan!

Sebaiknya amalkan pemakaian minyak ini dua atau tiga kali seminggu, pasti anda kagum dengan perubahan yang menakjubkan ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Mar 2020

Gaya ceria dan retro polka dot serlahkan si hijabista

Sesuai untuk semua peringkat umur

Featured Thu, 18 Mar 2021
Featured Fri, 3 Apr 2020

Kulot sesuai semua saiz badan, selesa pula!

Selesa walau apa sahaja kegiatan dilakukan

Featured Fri, 24 Aug 2018

5 Langkah Untuk Mengurangkan Pengambilan Gula

Antara sebab penyakit menyerang adalah disebabkan pengambilan gula yang berlebihan.

Featured Tue, 7 Aug 2018
Featured Fri, 19 Jul 2019
Featured Tue, 13 Mar 2018

Resepi Mudah Chocolate Mug Cake. Siap Dalam Masa 2 Minit!

Anda penggemar kek coklat tetapi tidak tahu cara nak buat? Kami akan kongsikan resepi paling cepat dan mudah untuk anda lakukan di rumah.

Oh Lawa Wed, 15 Aug 2018

Fesyen Untuk Hijabista Yang Aktif Bersukan, Kini Tiada Lagi Kekangan

Sejak lima tahun kebelakangan ini, fesyen Muslimah menjadi trend yang berkembang pesat malah menawarkan kepada wanita lebih banyak pilihan dan kebebasan untuk mereka tampil ‘fashionable’.

Featured Sat, 28 Apr 2018

| Live TV