Featured By: Ad Ops April 28, 2020 @ 7:01pm

MKN kaji SOP beri kelonggaran penduduk zon hijau keluar rumah

Kerajaan kini dalam perbincangan untuk menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi memberi kelonggaran kepada penduduk di zon hijau keluar dari rumah masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang merangka SOP bersesuaian sebelum membentangkan perkara berkenaan pada minggu hadapan.

datuk seri ismail sabri

Kredit gambar: Selangor Journal

“Banyak zon yang sudah diisytiharkan sebagai zon hijau. Kita masih lagi berbincang dan dalam peringkat akhir untuk menyediakan SOP yang lebih lengkap mengenai apa yang boleh dilakukan di zon hijau berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Data mukim penduduk tempatan mengenai kes aktif Covid-19 menunjukkan sejak seminggu yang lalu, kebanyakan negeri di Malaysia sudah berubah menjadi zon hijau.

Daripada hampir 1,200 mukim yang dipantau Kementerian Kesihatan (KKM), hanya lima mukim yang mempunyai lebih 40 kes aktif.

Kredit gambar: Parenting Dream

Ismail Sabri berkata, penduduk kawasan perumahan yang berpagar dan bertutup sebagai contohnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang tidak keluar selama sebulan dan tidak ada gejala berkemungkinan akan diberi kebenaran untuk keluar atau turun ke tingkat bawah.

“Mereka mungkin dibenarkan keluar, boleh bawa anak turun dan sebagainya, tetapi tidak boleh keluar dari luar pagar kawasan perumahan mereka.

“SOP akan dikeluarkan, mungkin kita akan tentukan blok atau masa untuk membenarkan mereka keluar. Semuanya sedang dirangka oleh MKN dan kita akan dapatkan data daripada semua kementerian agar SOP yang dikeluarkan lebih menyeluruh.

“Insya-Allah, saya percaya minggu hadapan kita akan muktamadkan SOP yang sedang dikaji MKN bersama KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Setakat ini semuanya masih dalam perangkaan dan saya akan umumkan nanti,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Jan 2023

‘Hidup Tanpamu’ Hadiah Keisya Levronka Buat Peminat Yang Sakit Hidup Tanpa Cinta

Penyanyi Indonesia yang sedang mencipta nama, Keisya Levronka, kembali mewarnai industri muzik dengan sebuah single baharu berjudul ‘Hidup Tanpamu’. Hidup Tanpamu adalah salah satu lagu melankolia dari Keisya yang menceritakan betapa sakitnya hidup tanpa ada […]

Featured Fri, 4 Feb 2022
Featured Wed, 24 May 2023
Featured Wed, 21 Apr 2021

‘Selamat Hari Jadi, Dr Noor Hisham’ !

Sempena ulang tahun Tan Sri Datuk Sri Noor Hisham Abdullah yang ke 58, orang ramai hari ini membanjiri ruangan komen di laman Facebook beliau. Meninjau di laman Facebook, rata rata orang ramai mendoakan agar Dr […]

Gaya Hidup Wed, 12 Sep 2018
Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Sweet! Gelagat Anna Jobling & Meerqeen Nyanyi Sambil Pakai Pyjamas Sedondon Raih Perhatian

Umum mengetahui, pasangan serasi drama Anna Jobling dan Meerqeen sedang berada di set penggambaran drama bersiri Melur Untuk Firdaus 2 yang dijangka bakal ditayangkan pada tahun ini. Artike Berkaitan: Tak Sabar! ‘Melur Untuk Firdaus Season 2’ […]