Categories: Eat TravelFeatured

Nikmati hidangan bufet Ramadan yang lazat, sambil jengah lokasi membeli-belah di sekitar Tune Hotel KLIA

Sudahkah anda membuat pilihan lokasi berbuka puasa bersama si dia yang tercinta, keluarga tersayang, mahupun teman-teman?

Jika belum dan sekiranya anda masih tercari-cari lokasi ideal bersesuaian bajet bawah RM70 dengan tawaran hidangan yang menyelerakan, MAKAN @ Tune Hotel, KLIA, adalah destinasi terbaik untuk anda. Khususnya bagi mereka yang menetap di sekitar Putrajaya, Nilai, Dengkil dan Seremban.

Seperkara yang pasti, anda tidak perlu menempuh kesesakan lalu lintas kronik yang biasa berlaku di bandaraya Kuala Lumpur (KL) ketika Ramadan.

Bagi warga KL pula, yang mungkin merancang untuk membeli-belah barangan berjenama di Mitsui atau KLIA 2, Tune Hotel menjanjikan kemudahan itu buat anda.

Perjalanan Mitsui ke Tune Hotel, mengambil masa kurang daripada 10 minit. Manakala dari KLIA2 ke Tune Hotel, hanya lima minit berjalan kaki.

Foto: Mitsui Outlet Park KLIA SEPANG

Bukan itu saja, buat anda yang terikat dengan trip perniagaan, sementara menanti penerbangan di sebelah malam, bolehlah menikmati hidangan bufet Ramadan di MAKAN @ Tune Hotel terlebih dulu, seterusnya menunaikan solat tarawih.

Hijab & Heels, sebelum ini berkesempatan mencuba hidangan bufet Ramadan di MAKAN @ Tune Hotel. Berikut adalah cadangan untuk anda  menikmati sajian bufet Ramadan.

1. Rojak Buah

Foto: tunehotels

Selain kurma, pilihan yang baik untuk berbuka bermula dengan pemilihan buah-buahan segar yang diadun khas dengan sos campuran manis. Rojak buah, bukan sahaja makanan iringan yang bersifat ringan tetapi juga merupakan amalan yang baik sebelum mengambil makanan yang berat agar membantu proses penghadaman.

2. Kambing panggang

Foto: tunehotels

Penggemar makanan daging tentunya tidak sabar untuk menikmati hidangan kambing panggang.

Ditambah pula, ramuan herba khas diadun sebati meresap pada isi daging yang lembut, tambah memikat selera dicecah dengan sos pudina.

Kambing bukan sahaja mempunyai protein malah zat besi yang sangat bagus untuk kesihatan.

3. Aneka minuman

Kekal hidrat adalah sangat penting semasa bulan Ramadan. Pelbagai sajian air minum ketika di bufet Ramadan untuk mencernakan pelbagai makanan yang telah anda nikmati.

Sirap limau ais menghilangkan rasa dahaga dan gabungan sirap kordial dan limau mampu mengelakkan rasa muak apabila makan terlalu banyak.

4. Air batu campur (ABC)

Foto: tunehotels

Dalam keadaan cuaca panas terik, hilangkan rasa dahaga dan dehidrasi dengan menikmati Air Batu Campur.

Cukup terkenal sebagai hidangan pencuci mulut istimewa sepanjang Ramadan, ABC diperbuat daripada ais kepal, gabungan attap chee (sirap), kacang merah, jagung manis, jeli dan kiub, dihidangkan meriah bersama aneka aiskrim termasuk yang berperisa durian.

5. Kuih-muih

Foto: Tune Hotels

Pelbagai jenis kuih-muih tradisional disediakan sebagai pembuka selera pelanggan. Antaranya pulut inti pedas, kuih lapis, talam ubi, puding jagung dan bermacam lagi.

6. Hidangan Asia dan Barat

Foto: Tune Hotels

Mana mungkin berbuka puasa tanpa nasi! Hidangan utama ini diperhebatkan lagi dengan lauk pauk seperti ketam masak lemak cili, daging salai masak cili padi, rendang daging, ayam sambal, satay, aneka kerabu, siput sedut, ikan masak masam manis dan banyak lagi.

Bagi yang menggemari hidangan Barat, terdapat pelbagai aneka pasta disediakan.

Foto: KL Foodie

Jadi apa tunggu lagi, cepat buat tempahan di MAKAN @ Tune Hotel KLIA2. Promosi bufet Ramadan dengan sajian melebihi  35 menu  (dan ya, semua hidangan yang disebutkan di atas akan tersedia)!

Hubungi sebelum 8 Mei untuk penempahan awal dengan harga hanya RM55 ++ untuk dewasa dan RM25 ++ untuk kanak-kanak berusia 3 – 11 tahun.

Sebarang maklumat lanjut atau ntuk tempahan, hubungi +603 8787 1726 atau emel makanminum.klia2@tunehotels.com.

Yanie Baharom