Featured By: Ad Ops July 22, 2019 @ 2:00am

Panduan memakai tudung bawal bagi wanita bermuka bulat

Cara memakai tudung berbeza-beza mengikut cita rasa setiap wanita, tetapi tidak semua gaya itu sesuai dengan setiap bentuk muka wanita. Ada gaya pemakaian hijab tertentu yang dapat mencantikkan lagi penampilan keseluruhan anda.

Contohnya, tudung jenis turban lebih sesuai dengan bentuk muka yang panjang. Bagi wanita yang tembam pula, tudung boleh digunakan untuk membentuk bentuk muka supaya tidaklah begitu ketara bulatnya. Dengan cara pemakaian yang betul, muka wanita mampu kelihatan lebih tirus dan bujur.

Tudung bawal mampu membuatkan bentuk muka tampak tirus jika kena gara pemakaiannya. – (Gambar hiasan) NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Tudung yang paling sesuai dalam hal ini ialah tudung bawal, iaitu kain berbentuk segi empat sama yang dilipat hingga menjadi segi tiga.

Tudung yang panjang seperti selendang selalunya memerlukan anda untuk melilitnya di kepala. Hasilnya, bentuk kepala anda akan tampak sangat ketara dan bulat. Sebaliknya, tudung bawal akan memberikan ilusi panjang pada muka.

Tetapi sebelum anda menggayakan tudung ini, ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu, seperti caya pemakaiannya dan jenis tudung yang bersesuaian.

Perkongsian Tudung 2 U diharap dapat membantu mencantikkan penampilan anda:

Jenis tudung

NSTP/EMAIL

1. Tudung yang sesuai ialah tudung bawal berwarna gelap yang mampu memberi ilusi bentuk muka tirus.

2. Pemakaian tudung yang longgar di sekeliling muka boleh membantu menghilangkan rupa bentuk muka bulat.

3. Elak daripada memakai fabrik satin kerana ia memberi ilusi muka yang berisi.

Cara pemakaian

1. Pakai anak tudung yang berkain kenyal. Jika anda memakai anak tudung yang longgar, ia akan meninggalkan kesan lipatan.

2. Inner neck pula, pilih yang ada awning panjang ke bawah hingga melebihi tulang pipi. Bentuk ini akan memberikan ilusi bentuk muka yang lonjong. Awning pendek akan membuatkan pipi  tampak tembam.

3. Untuk tudung bawal, lipat sedikit di bahagian tepi muka hingga berdekatan dengan rahang supaya bentuk muka tampak bujur.

4. Tajamkan pada bahagian dahi. Jangan biarkan tudung melekap pada dahi anda.

5. Untuk tudung bawal yang longgar, pakai anak tudung jenis turban.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Nov 2022

Terpaksa Bersalin Awal, Isteri Aditya Zoni Alami Tekanan Teruk

Allahu.. Semoga cepat sembuh. Alhamdulillah dapat anak lelaki

Featured Tue, 31 Mar 2020

Vivy Yusof mohon maaf, anggap komen disalah tafsir

Warganet mahu boikot produk duCK

Eat Travel Mon, 14 Oct 2019
Featured Thu, 19 Jan 2023
Featured Fri, 14 Jun 2019

Pernah miliki pengikut Instagram teramai, Selena Gomez kini kurangkan penggunaan media sosial

Bukankah semua artis perlukan platform ini? Kenapa kurangkan pula?

Featured Mon, 1 Jun 2020
Featured Wed, 13 May 2020