Categories: FeaturedGaya Hidup

Patutlah buat kuih tak menjadi, ini sebabnya

Kebiasaannya ketika bulan Ramadan, pastinya ramai yang akan pergi ke bazar Ramadan kerana di situ terdapat pelbagai jenis kuih tradisional yang dijual. Selain tidak mahir buat sendiri, kekangan waktu bekerja juga antara faktor wanita tidak sempat untuk menyediakan kuih sendiri sebagai hidangan berbuka.

Kredit gambar: Alaf 21

Bagaimanapun, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ramailah wanita yang mempunyai masa dan mencuba pelbagai resipi kuih untuk dibuat sebagai hidangan pencuci mulut. Bagaimanapun, boleh kemurungan dibuatnya kerana buat kuih buah Melaka tak menjadi, tepung pelita pun tak menjadi.

Resipi dah ikut betul, tapi mana silapnya? Rupanya selama ini kita mungkin tersilap guna tepung beras. Kebanyakan kuih memerlukan tepung beras sebagai bahan utama, tapi ramai yang tidak tahu yang tepung beras mempunyai banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.

Kredit gambar: Petua Ibu

Jom semak jenis tepung beras dan kegunaannya, jadi selepas ini tidaklah lagi tersilap pilih atau kuih yang dibuat tidak menjadi.

Sebelum itu, penulis nak kongsi tepung beras yang ada di pasaran Malaysia kebanyakan diimport dari Thailand. Oleh itu, anda akan lihat jenama tepung beras yang dijual mempunyai lambang gajah. Ada gambar gajah seekor, dua, tiga dan lima ekor. Semuanya mempunyai fungsi yang berbeza! Jom semak.

1. Tepung beras cap satu gajah

Kredit gambar: Chai Huat Hin

Kalau anda mahu buat adunan goreng pisang, cempedak, keledek, keladi, sukun dan seangkatan dengannya, tepung jenis ini adalah pilihan yang betul.

Kalau mahu goreng ikan, udang dan sotong goreng tepung atau berempah seperti di kedai mamak itu atau ayam goreng ala KFC ke MCD, boleh juga guna tepung ini kerana ia sangat rangup sebab kandungannya sudah dicampur dengan tepung jagung.

2. Tepung beras cap dua/tiga gajah

Kredit gambar: ProductNation

Kalau yang mahu buat kuih tradisional seperti kuih koci, tepung pelita dan pelbagai lagi jenis kuih, tepung jenis ini sangat sesuai kerana ia menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.

3. Tepung beras cap lima gajah

Kredit gambar: eRuncit

Kalau siapa mahu buat sendiri mi, laksa atau apa sahaja jenis mi, boleh guna tepung jenis ini kerana kandungan tepung berasnya lebih padat dan ia akan menghasilkan tekstur yang lebih kenyal.

4. Tepung beras cap Teratai

Kredit gambar: Dari Dapur.com

Selain tepung beras lambing gajah, tepung jenama ini juga agak popular. Ia sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan apam kerana dicampur dengan tepung jagung. Hasilnya memang rangup.

Semoga bermanfaat!

Kredit sumber: Sirap Limau

Ad Ops