Categories: Trending

Pelajar Malaysia Di Jawa Timur Tidak Dibenarkan Pulang

29 daripada 164 pelajar Malaysia di Jawa Timur, Indonesia tidak dibenarkan berlepas pulang menaiki pesawat dari Surabaya ke tanah air selepas didapati positif dalam pemeriksaan rapid test Covid-19.

Kesemua pelajar tersebut mendapat pendidikan di Pondok Pesantren Al-Fatah Temboro Magetan, Jawa Timur dan perlu melakukan pemeriksaan kesihatan, sebelum dibenarkan menaiki pesawat Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada 8.30 malam kelmarin.

Menurut Harian Metro semalam, Ketua Rumpun Tracing Gugus Tugas Penanganan Covid-19 Jawa Timur, Kohar Hari Santoso berkata, 29 pelajar itu kini menjalani rawatan lanjut berkaitan Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Rapid test itu adalah sebagai usaha pemerintah Indonesia melakukan pengesanan awal sama ada seseorang itu dijangkiti tanda-tanda awal Covid-19 atau sebaliknya.

Sebelum itu, sidang media 19 April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster Covid-19 membabitkan 43 pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia.

Sekali lagi orang ramai diingatkan supaya mematuhi arahan PKP dan mengambil langkah pencegahan dengan memakai hand sanitizer dan topeng muka sekiranya berada di tempat awam.

Bagi sebarang maklumat dan info terkini mengenai Covid-19, korang boleh saksikan hanya di TV3 dan Youtube Buletin TV3 okay?

Kredit: Harian Metro

Syafiqa Irdina