Featured By: Fadzlena Jafar October 11, 2019 @ 7:37pm

Pemberian hibah lindungi hak wanita

Kebelakangan ini kita dapati orang ramai mulai membicarakan mengenai “Hibah Takaful”, namun tidak ramai yang mengetahui apakah maksudnya, bagaimana pula pelaksanaannya dan apa kesannya.

Sebenarnya dalam pelaksanaan takaful, elemen hibah adalah ‘kunci penyelamat’ kerana dilihat sebagai pemudah cara bagi ahli waris untuk mendapatkan manfaat takaful. Penerima hibah berhak sepenuhnya ke atas manfaat takaful sekali gus memudahkan lagi proses pemberian manfaat takaful ketika berlakunya tuntutan.

Hibah ialah hadiah untuk ahli keluarga atau mereka yang disayangi dan dilakukan ketika masih hidup.  Hakikatnya apabila berlaku kematian membabitkan ketua keluarga, isterilah yang akan berhadapan dengan banyak permasalahan dan bebanan baharu.

Terdapat lima perkara asas yang penting dan perlu diambil tahu oleh wanita demi memudahkan urus tadbir harta selepas kematian suami.

1. Tanggungjawab baharu datang dengan pelbagai tanggungan

Apabila ketua keluarga yang menjadi sumber pendapatan utama meninggal dunia, segala urusan yang berkaitan dengan urusan pembahagian harta akan menjadi rumit dan menyebabkan ahli waris khususnya ahli keluarga yang terdekat seperti isteri dan anak-anak akan terbeban untuk meneruskan kehidupan.

Mereka juga perlu memikirkan untuk menguruskan harta peninggalan lain seperti kereta, rumah, wang simpanan dan lain-lain mengikut kiraan faraid kepada waris lain yang masih hidup.

Ramai yang mengambil mudah persoalan pengurusan harta selepas mati sehingga tidak melakukan persiapan yang sepatutnya dalam meninggalkan harta kepada waris. Menguruskan harta si mati turut merangkumi menguruskan segala bil dan hutang serta tanggungan sedia ada.

2. Penamaan Hibah memudahkan urusan orang yang tinggal

Menamakan isteri sebagai penerima hibah memudahkan urusan pembahagian harta khususnya rumah dan wang simpanan. Gambar hiasan  NSTP/E-mel.

Membuat penamaan bagi penerima hibah. Hibah bermaksud memindah milik sebuah aset (harta) tanpa sebarang pulangan ketika hayat penghibah.

Penerima hibah pula ialah penerima mutlak yang sepenuhnya berhak ke atas manfaat takaful sekali gus tanpa perlu pembahagian faraid keatas manfaat takaful yang akan diperoleh sekiranya berlaku kematian kepada Peserta.

3. Jaminan kepada ahli waris dengan meninggalkan aset tunai untuk yang tersayang

Sekiranya suami meninggal dunia tanpa sempat meninggalkan pesanan atau arahan siapa yang patut menerima apa daripada harta pusakanya, jumlah atau nilainya akan menyebabkan kehidupan seseorang wanita itu dan anak-anak mulai tidak terjamin.

Ini belum dikira soal jumlah simpanan di dalam kesemua akaun bank, hartanah, dan aset lain yang belum pasti akan menjadi milik siapakelak.

Instrumen hibah adalah jaminan yang pasti kerana adanya penamaan hibah, segalanya telah tersusun dan terjamin. Isteri dan anak-anak dibawah umur 18 tahun dapat meneruskan kehidupan tanpa perlu risau memikirkan bebanan kewangan bagi meneruskan kehidupan.

4. Persediaan sebagai gantian sumber pendapatan

Hibah dilihat sebagai satu daripada gantian pendapatan jika berlaku kematian peserta. Cara ini adalah sebagai perancangan kewangan kecemasan sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini kepada ketua keluarga yang menjadi sumber pendapatan khususnya apabila berlaku kematian.

Dengan adanya sumber gantian pendapatan ini sekurang-kurangnya isteri masih mampu menguruskan anak-anak tanpa tekanan yang ketara.

5. Alternatif bagi menyelesaikan hutang mega

Apabila berlaku kematian ketua keluarga, waris yang tinggal terbeban dengan urusan pembayaran bil. Gambar hiasan NSTP/ASWADI ALIAS.

Pembelian rumah semestinya adalah suatu pelaburan terbesar dalam hidup seseorang. Tentunya sebagai pemilik rumah, seseorang itu akan memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Antara persoalannya adalah apakah yang akan terjadi pada rumah dan keluarga sekiranya sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada diri selain bagaimana untuk menyelesaikan ansuran gadai janji rumah/bayaran bulanan pinjaman rumah?

Oleh itu, sebagai persediaan dalam membiayai pinjaman perumahan, Pengendali Takaful turut menawarkan pelan takaful seperti Mortgage Reduce Term Takaful (MRTT) yang akan membayar pinjaman rumah yang tertunggak sekiranya Peserta meninggal dunia atau ditimpa musibah kecacatan kekal (Total Permanent Disability/TPD).

Oleh demikian, ahli waris khususnya isteri tidak perlu bimbang untuk melangsaikan hutang perumahan dan adanya jaminan tempat tinggal setelah kematian peserta.

6. Mengelak perebutan harta

Kebanyakan keluarga menghadapi masalah menguruskan harta pusaka selepas kematian si mati kerana tiada pengetahuan ddalam masalah faraid atau pembahagian harta menurut Islam.

Hal ini kerana masalah (pengagihan harta) selalunya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat dan ada kalanya mengambil masa sehingga bertahun-tahun dan akhirnya menjadi punca pertelingkahan antara ahli keluarga kerana gagal menguruskan harta pusaka dengan baik.

Proses penyusunan penurunan harta yang sempurna melalui cara hibah bukan sahaja dapat memberi kebaikan kepada ahli waris terdekat yang ditinggalkan, malah turut memastikan agar harta yang diusahakan dengan jerit perih ketikla hidup tidak akan menjadi bahan pertelingkahan antara keluarga.

Penyusunan penurunan harta seperti hibah bertujuan untuk menjamin kesejahteraan kehidupan waris-waris ini adalah amat perlu, kerana Islam amat menitikberatkan masa depan waris yang ditinggalkan agar kehidupan mereka tidak susah dan daif.

Hadis riwayat Imam Bukhari ada menyebut yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan mereka meminta-minta.”

Kesimpulannya, amalan Hibah Bersyarat dalam Takaful bukan sahaja landasan kepada peserta takaful membuat amalan kebaikan tetapi ianya ternyata banyak membantu memudahkan wanita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Apr 2021

Elak Langgar SOP Rumah Terbuka, Pihak Polis Adakan Pemeriksaan Di Rumah Sempena Aidilfitri

Seperti Aidilfitri tahun lalu, pihak polis akan membuat pemeriksaan di beberapa rumah untuk mengelakkan ketidakpatuhan SOP. Difahamkan, pihak polis juga akan membuat pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah untuk memeriksa surat kebenaran rentas negeri. Perkara […]

Featured Fri, 29 Jun 2018

Lagu Tema Filem Pulang ‘Layarlah Kembali’ Nyanyian Dayang Nurfaizah Runtun Emosi

Merdu dan mantap sungguh vokal Dayang Nurfaizah menyanyikan lagu tema filem Pulang.

Featured Tue, 26 Dec 2023

Cantiknya! Syafiqa Melvin Kahwin Kali Kedua, Momen Usap Pipi Anak Bikin Netizen Sebak

Alahai, sebaknya tengok Zayyan tu memang sebijik arwah ayah dia😥

Featured Thu, 29 Sep 2022

Azrel Ismail Pernah Dicurangi, Kini Pilih Untuk Curang?

Eh pilih untuk curang? Kenapa pulak tu? 🙀