Categories: Featured

Penemuan Spesies Semut Baharu Ini Diberi Nama Echinopla Tunku-Abduljalilii

Baru-baru ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah perkenan untuk menamakan spesies semua Echinopla baharu yang ditemui sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii. Spesies semut baharu ini dijumpai oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dikutip daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang, Hutan Lipur Sungai Bantang, Labis pada Mei tahun lepas.

Untuk pengetahuan anda, semut ini sangat sukar untuk ditemui dan terdapat 15 spesies daripada jenis kumpulan Echinopla di Malaysia. Selain itu, spesies baharu ini juga merupakan spesies ke-16 dan kedua dari Johor yang mana spesies pertama iaitu Echinopla Wardi telah dijumpai di Kota Tinggi, Johor.

Foto: Sinar Harian

Spesies ini berukuran 5.48 milimeter panjang dan berwarna hitam. Kebanyakan spesies Echinopla yang lain badannya mempunyai bulu, tetapi spesies Echinopla yang baharu ini tidak mempunyai bulu.

Bagi menghargai kejayaan pertama CoR-SUNR dan UTHM atas penemuan spesies baharu itu, Canselor UTHM iaitu Sultan Ibrahim telah dipohon limpah perkenan bagi menamakan spesies Echinopla berkenaan.

Atas perkenan penamaan spesies ini, International Code of Zoological Nomenclature (IZCN) iaitu sebuah badan antarabangsa yang menguruskan penamaan spesies baharu akan mengeluarkan satu kenyataan pengesahan sekaligus rasmilah nama Echinopla Tunku-Abduljalilii.

Sumber: Bernama

tex_admin