Categories: FeaturedGaya Hidup

Pening Kepala Sebab Pokai Beraya? Ini Tip Untuk Tebalkan Kembali Dompet Anda

Menjadi lumrah setiap kali selepas menyambut Aidilfitri, poket kita akan menjadi nipis. Al-maklumlah seiring dengan kemeriahan menyambut Raya, begitu juga betapa meriahnya kita berbelanja Raya.

Rata-rata daripada kita pasti akan berasa kusut atau pening dengan keadaan kewangan sendiri. Mulalah tertanya-tanya, cukup ke duit yang ada untuk survive?

Foto: azizanosman.com

Jangan risau, anda boleh cuba tip dari Pengasas & Pengerusi Eksekutif Richworks International Sdn Bhd, Azizan Osman sebagai panduan untuk anda menjana kembali kewangan atau dalam erti kata lain tebalkan balik poket serta dompet anda yang dah nipis tu.

1. Selesaikan hutang

Foto: snopes.com

Walau dalam apa jua keadaan, cuba selesaikan hutang yang dalam perjanjian anda terlebih dahulu bagi mengelakkan faedah. Paling penting, jangan cuba nak tambah hutang ya!

2. Jual barangan ‘pre-loved’

Foto: cocosteaparty.com

Poket yang dah kering akibat perbelanjaan tinggi dan tanpa persediaan awal menyambut Hari Raya mungkin boleh ditambah dengan melakukan bisnes online. Jika anda ada barangan terpakai yang masih elok kondisinya bolehlah jual barangan ‘pre-loved’ anda itu secara online. Walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya ia dapat juga membanru anda untuk menampung perbelanjaan harian sebelum menunggu gaji yang akan datang.

3. Tentukan keperluan dan kehendak

Foto: Majalah Labur

Dalam keadaan anda yang dah pokai ini, anda perlu bijak memastikan mana yang lebih perlu. Anda perlu mendidik dan mengawal diri dalam membezakan kepentingan keperluan dan kehendak. Ia adalah sikap paling penting untuk anda membina kewangan dengan lebih bijak di mana wang anda akan dibelanjakan dengan lebih bermanfaat dan anda sendiri mempunyai lebihan wang di akhir bulan nanti.

4. Rekod setiap perbelanjaan harian

Foto: Web MD

Nampak macam leceh, tapi cara ini mampu mengenal pasti di mana wang anda mengalir. Jadi, bolehlah anda elakkan pembaziran berlaku pada masa akan datang. Yang penting, semua perbelanjaan direkodkan di satu tempat, tak kiralah besar atau kecil. Lagipun, zaman sekarang dah canggih, anda boleh guna saja beberapa sistem aplikasi dari telefon pintar anda untuk menyimpan rekod dan mengakses kembali corak perbelanjaan anda. Tiada lagi alasan!

5. Simpan, simpan dan simpan

Foto: Pulse.ng

Disiplinkan diri dengan mengasingkan bajet perbelanjaan anda untuk simpanan. Tidak kira walaupun anda hanya mampu menyimpan sedikit, jadikan ia sebagai satu tabiat. Pastikan anda mempunyai jadual dan target bagi mencapai satu tahap simpanan yang anda ingin capai. Menurut Azizan, ia sebagai payung untuk anda menghadapi hujan di kemudian hari. Nah, jangan kata ‘abang’ tak payung.

6. Mula berniaga

Foto: succeedasyourownboss.com

Biarpun secara sambilan atau kecil-kecilan, yang penting berniagalah. Sekurang-kurangnya anda ada duit tambahan untuk disimpan. Anda boleh memulakan langkah dengan menjadi agen/dropship produk keluaran orang lain di mana tanpa modal dan tanpa risiko. Sambil pada itu, gali sebanyaknya ilmu perniagaan dan pemasaran, mana tahu mungkin perniagaan yang kecil ini akan menjadi besar satu hari nanti.

7. Kuasa doa

Foto: Tribunnews.com

Senantiasalah berdoa dengan Sang Pencipta. Percayalah, Tuhan Maha Mendengar dan Maha Kaya, jadi jangan pernah putus daripada berdoa dengan-Nya. Terus ikhlas memohon doa dan semoga doa kita dimakbulkan.

Sumber: Azizan Osman

Ad Ops