Featured By: Fadzlena Jafar April 23, 2020 @ 10:23pm

PKP dilanjut sehingga 12 Mei dengan sedikit kelonggaran

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 12 Mei bagi memastikan semua inisiatif dalam membendung penularan wabak COVID-19 sejak fasa pertama PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac, tidak disia-siakan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata meskipun data Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan penurunan dalam kes jangkitan harian COVID-19, Malaysia belum menang dalam peperangan menentang wabak berkenaan.

“Berdasarkan data-data yang dibentangkan kepada saya oleh KKM, saya dapati bahawa usaha-usaha untuk membendung wabak COVID-19 masih perlu diteruskan.

“Walaupun angka menunjukkan perkembangan yang positif, langkah-langkah yang kita ambil hendaklah diteruskan sampai ke satu masa di mana kita yakin wabak COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya,” katanya dalam Perutusan Khas Ramadan Perdana Menteri, sebentar tadi.

Bagaimanapun, Kerajaan memutuskan untuk memberikan sedikit kelonggaran membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang masih berada di kampus dan juga warga kota yang terperangkap di kampung, tetapi hanya dengan kebenaran satu kali perjalanan.

Ketika ini, proses untuk membawa pelajar IPT itu pulang sedang dirancang oleh kerajaan dengan nasihat KKM termasuk memastikan kesihatan pelajar seperti tidak mempunyai gejala COVID-19 sebelum dibenarkan pulang.

Perancangan untuk membawa pulang pelajar IPT yang kini terkandas di kampus akan dikemukakan segera. (Gambar NSTP)

Muhyiddin berkata, kerajaan juga akan menilai data terkini yang disediakan oleh KKM untuk menentukan langkah seterusnya, malah tidak menolak kemungkinan PKP akan dilanjutkan lagi selepas 12 Mei depan.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya statistik menunjukkan kes jangkitan COVID-19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial.

“PKP mungkin akan dilanjutkan (selepas 12 Mei) dan ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung.

“Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya,” katanya.

Ketika ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang merangka satu pelan yang menyeluruh mengenai perkara terbabit, malah kerajaan sedang mengkaji kaedah untuk memulihkan ekonomi secara bertahap.

Antaranya termasuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek dan sederhana bagi memastikan aktiviti ekonomi dapat dibangkitkan semula dengan pantas selepas tempoh PKP berakhir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Dec 2022
Featured Tue, 31 Mar 2020

Vivy Yusof mohon maaf, anggap komen disalah tafsir

Warganet mahu boikot produk duCK

Featured Mon, 9 Dec 2019

SUU Balm, produk pelembap kulit bebas SLS dan SLES

Ramai melihat perubahan selepas menggunakannya.

Featured Sat, 27 Jan 2018

Yuna Sah Milik Adam Sinclair

Penyanyi popular, Yuna kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Adam Sinclair. Penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu melangsungkan perkahwinan pada Jumaat, 26 Januari 2018 bertempat di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Featured Mon, 13 Apr 2020
Featured Sun, 2 Sep 2018

Anugerah Berprestij ABPBH Kembali Lagi, Jom Undi Artis Kegemaran Anda!

Tahun lepas, Fattah Amin dah menang kereta. Tahun ini siapa pula?