Featured By: Fadzlena Jafar March 30, 2020 @ 6:09pm

Radzuan Radziwill jahit pakaian pelindung diri untuk petugas kesihatan

Jika di luar negara kebanyakan jenama fesyen antarabangsa menukar fungsi kilangnya untuk menghasilkan peralatan petugas kesihatan seperti penutup kepala dan pakaian pelindung diri (PPE), di Malaysia pula Datuk Radzuan Radziwill menjahit sendiri PPE  berkenaan.

Kegiatan amal pereka fesyen terkemuka itu dikongsikan rakan baiknya, Ali Lembaga Pengarah Tenun Pahang Diraja, Fatimah Ismail dalam akaun Facebook Fatimah, semalam.

Radzuan yang mencipta nama sebagai pereka fesyen pada awal 1990-an turut berkongsi dalam laman sosial Instagramnya mengenai projek amal berkenaan yang diharap dapat membantu petugas kesihatan yang ketika ini berdepan dengan masalah kekurangan PPE.

Radzuan menggunakan kemahirannya untuk menghasilkan PPE bagi membantu petugas kesihatan. (Gambar daripada Facebook Radzuan Radziwill)

Menerusi perkongsian itu, Radzuan turut mempelawa suri rumah yang boleh menjahit untuk terbabit dalam projek amalnya yang dinamakan Jom Menjahit Sambil Beramal di Rumah bersama Radzuan Radziwill.

“Saya mencari wanita yang mempunyai kemahiran menjahit dan mesti ada mesih jahit di rumah untuk membantu projek amal ini.

“Saya akan menyediakan bahan yang akan dihantar kepada anda dan apabila siap dihantar kembali kepada saya untuk disemak supaya memenuhi spesifikasi ditetapkan,” katanya.

Radzuan yang mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Fesyen dari Universiti Bunka, Tokyo Jepun pada 1994 pernah memenangi pelbagai anugerah berprestij di Malaysia, antaranya Anugerah Benang Emas majalah Jelita (1994) dan dinobatkan Tokoh Jarum Berlian Malaysia pada 2005.

Dalam video yang dikongsinya itu, Radzuan menunjukkan beberapa pasangan PPE yang sudah disiapkan lengkap dengan topi, tudung, sarung kaki dan pelindung kasut yang sering digunakan petugas kesihatan.

Beliau berkata, semua bahan termasuk tali getah dan tekstil bukan tenun (nonwoven material) kalis air yang digunakan untuk menghasilkan pakaian pakai buang itu akan disediakan olehnya sebelum dihantar kepada suri rumah yang berminat untuk menyertai projek amal itu.

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan PPE. (Gambar daripada Facebook Radzuan Radziwill)

Bagaimanapun, Radzuan menegaskan projek amal itu bukan untuk keuntungan, malah individu yang ingin membantu tidak akan menerima bayaran.

“Projek ini bukan untuk mendapatkan bayaran kerana anda tidak akan dibayar. Ini projek amal bagi membantu barisan petugas hadapan yang ketika ini amat memerlukan kelengkapan dan peralatan seperti PPE untuk melindungi mereka.

“Oleh itu, jika ada yang berminat boleh memaklumkan kepada saya menerusi akaun ini dan hanya terbuka kepada individu dari sekitar Kuala Lumpur sahaja bagi memudahkan penghantaran,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Jun 2021

Bantuan Kepada M40- Pensyarah Ekonomi

Kerajaan dicadang memperluaskan bantuan kepada golongan M40 dalam fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Menurut Pensyarah Kanan Putra Business School, Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff, beberapa inisiatif jangka masa panjang boleh diambil dalam

Featured Tue, 4 Apr 2023

[VIDEO] Berbuka Puasa Bersama Keluarga, Netizen Bersyukur Keadaan Kamal Adli Semakin Baik

Alhamdulillah.. Syukur. Semoga pasangan ini dan keluarga sentiasa dalam perlindunganNya

Featured Tue, 14 Feb 2023
Featured Tue, 8 Nov 2022

[VIDEO] Sajat Dedah Sebab Tak Boleh Balik Malaysia – “Selagi Belum Dapat Pengampunan Dari…”

Mana dah pernah jumpa dekat expo, itulah last pertemuan kita – Sajat 🥺🥺

Featured Fri, 8 Jun 2018

Wanita Ini Melukis Potret Penuh ‘Bling’ Dengan Menggunakan Serbuk Glitter! Lihat Caranya

Nampak macam susah, tapi kalau anda pandai pilih warna shading mungkin senang.

| Live TV