Categories: Featured

Raikan cinta anda dengan memenangi sebentuk cincin daripada Nazrin Jewellery! Ikuti 5 langkah mudah ini

Ramai yang meraikan hari bahagia dengan mengadakan majlis perkahwinan bersempena dengan cuti sekolah ini.

Bagi meraikan musim yang cukup istimewa ini, portal gaya hidup wanita The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Hijab & Heels mengadakan Peraduan Kongsi & Menang Hijab & Heels – Nazrin Jewellery khusus untuk  pengikut Facebook & Instagramnya.

Foto: Jim.

Peraduan dalam talian Hijab & Heels itu bekerjasama dengan jenama barang kemas Nazrin Jewellery yang baru-baru ini merasmikan pembukaan kedai pertamanya di Banting, Selangor.

Menerusi kerjasama dengan Hijab & Heels, lima pengikut Facebook Hijab & Heels masing-masing bakal memenangi sebentuk cincin Nazrin Jewellery dengan mengikuti lima langkah mudah ini:

1) Tekan butang kongsi pada artikel yang telah dipinkan di laman Facebook Hijab & Heels

2) Anda perlu baca keseluruhan artikel yang telah dipinkan dan tulis kapsyen yang menarik mengenai artikel terbabit serta jawab soalan berikut:

   Di manakah lokasi pertama kedai Nazrin Jewellery dibuka?

 

3) Seterusnya, tag 5 rakan anda.

4) Sertakan tanda pagar #hijabnheelsxnazrincontest

5) Kongsi entri ke laman Facebook anda sendiri.

Foto: Jim

 

Mudah bukan? Sila ke halaman Facebook Hijab & Heels sekarang ! Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Mac 2019.

Shaidah Shafie