Categories: FeaturedOh Lawa

Rancang naik pelamin, ini yang bakal pengantin perlu ambil tahu

Bagi bakal pengantin yang merancang untuk mengadakan majlis pada hujung tahun ini pasti sudah mula membuat persiapan perkahwinan. Persediaan awal dan rapi amat penting bagi melancarkan perjalanan sesebuah majlis.

Selain tempahan dewan, katering, pelamin, jurusolek dan kad kahwin yang perlu dirancang awal, busana pengantin juga antara perkara yang perlu dititikberatkan kerana penampilan cantik raja sehari adalah tarikan utama yang paling dinantikan tetamu yang hadir.

Menurut pemilik Ishraq Boutique, Raja Iskandar, bakal pengantin perlu menetapkan berapa pasang persalinan baju yang bakal digayakan mengikut bajet yang diperuntukkan.

Beliau berkata, secara umumnya bakal mempelai hanya perlu menyediakan minimum dua pasang sudah mencukupi iaitu untuk majlis nikah dan sanding.

Jika bakal pengantin merancang untuk menyewa baju di butik, disarankan membuat janji temu selewat-lewatnya tiga bulan sebelum majlis agar saiz dan rekaan yang diingini sedia ada untuk majlis perkahwinan mereka.

Bagi yang ingin menempah dan menjahit busana, disarankan untuk membuat tempahan lebih awal serta elakkan perjumpaan di saat akhir untuk memudahkan kedua-dua pihak merancang dan menghasilkan yang terbaik untuk busana bakal pengantin.

Paling penting, pastikan buat kaji selidik mengenai butik atau pereka fesyen yang bersesuaian dengan cita rasa bagi mengelakkan sebarang penipuan atau ketidakpuasan hati mengenai busana yang dipilih.

Ikuti banyak lagi panduan persediaan awal buat bakal pengantin dari segi pemilihan busana yang dikongsi oleh Raja Iskandar menerusi video di YouTube Hijab & Heels. Selamat menonton!

Ad Ops