Categories: Eat TravelFeatured

Rasai Pengalaman Hot Air Balloon Ala Cappadocia Di Pulau Pinang!

Bagi anda yang belum pernah sampai di Cappadocia, Turki, kerana tidak berkemampuan untuk menampung perbelanjaan percutian yang tinggi di sana, namun menyimpan angan untuk menaiki belon panas, usah khuatir kerana anda boleh menikmati pengalaman itu tidak lama lagi!

Ini kerana, pada Februari nanti pesta belon udara panas bakal berlangsung di Padang Polo, Pulau Pinang.

Pesta ini akan berlangsung selama dua hari saja iaitu pada 9 dan 10 Februari dan anda boleh menaiki belon udara panas bermula pada jam 7.30 pagi hingga 9 malam.

Terdapat 15 belon udara panas yang menarik dan memiliki bentuk yang istimewa akan membuat anda tidak sabar untuk menaikinya.

Pastinya anda dapat menghabiskan masa bersama orang kesayangan anda dan mencipta kenangan terindah dengan menaiki belon udara panas ini.

Malah, terdapat gerai jualan dan aktiviti lain yang anda dapat lakukan jika berkunjung ke pesta ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.penanghotairballoonfiesta.com

Foto: The Vocket

Sumber: The Vocket

Yanie Baharom