Eat Travel By: Ad Ops September 7, 2018 @ 10:00am

Restoran PJ Ini Menghidangkan Pizza Dengan Topping Unik Seperti Rendang, Masala & Tom Yum

Boleh dikatakan, hampir semua orang di dunia ini gemarkan pizza, tak kiralah dari mana mereka datang.

Sajian dari Itali ini merangkumi doh yang disapu dengan sos tomato unik dan ditaburi dengan topping seperti keju, peperoni, nanas, sosej, daging atau ayam cincang dan lada benggala.

Tapi semakin kita menuju ke zaman moden, semakin bervariasi pula topping yang boleh dijumpai di atas pizza.

Jenis pizza yang simple (Margherita) atau yang klasik (Peperoni) mungkin akan sentiasa menjadi pilihan anda. Tapi kenapa pilih yang biasa-biasa saja? Jomlah adventurous sikit!

Kalau berminat, jom cuba menjamu selera di restoran di Petaling Jaya, Wood & Wheat. Apa yang menariknya ialah, mereka tak menggunakan topping pizza seperti yang dijual di restoran antarabangsa.

Sebaliknya mereka menaikkan darjat masakan tradisional Asia dengan mengambil inspirasi daripadanya untuk hidangan pizza mereka!

Betul, tak tipu! Antara menu yang ditawarkan adalah Pizza Pasembur, Tomyam, Kam Heong and Masala! Jangan main-main! Anda mesti tak pernah dengar yang ada pizza sebegini, kan?

Foto: Facebook Wood & Wheat

Diasaskan oleh Good Blue Men yang mempopularkan Kam Heong Chicken Sandwich, Wood & Wheat adalah sebuah kedai pizza yang anda mesti kunjungi!

Para tukang masak di kedai ini menggunakan oven kayu api tradisional yang beroperasi dengan kepanasan setinggi 204 darjah Celcius! Dengan cara ini, pizza mereka akan kekal rangup serta menawarkan rasa-rasa smoky. Sedap!

Foto: Facebook Wood & Wheat

MENU

Jika anda rasa anda adalah true Malaysian, anda mesti cuba pizza Rendanglicious. Dohnya dituangkan dengan sos rendang yang mereka buat sendiri, dan kemudian ditabur dengan bebola daging besar dan bawang dan cili. Fuuuh… boleh bayangkan?

Foto: Facebook Wood & Wheat

Bagi anda yang selalu singgah kedai mamak, bolehlah try pizza Pasembur! Kali ini ia disapu dengan sos Pasembur dan di atasnya ada tauhu goreng, papadom dan lobak merah. Wah, meleleh air liur memikirkannya.

Foto: Facebook Wood & Wheat

Peminat masakan India pula akan gemarkan pizza Fiery Masala yang merupakan hidangan kedua paling popular di Wood & Wheat. Sama saja macam masakan masala yang lazat, tapi ia dihidang di atas roti doh.

Foto: Facebook Wood & Wheat

Topping tradisional unik yang juga ditawarkan adalah seperti Kam Heong Royale…

… dan Tom Yum!

Foto: Facebook Wood & Wheat

Semuanya sedap-sedap dan menarik, tak tahu yang mana nak pilih. 

Jika anda tak berani nak cuba topping yang luar biasa ini (rugi, rugi, rugi!), no problem. Wood & Wheat juga ada menghidangkan pizza Itali yang biasa, seperti Boring Margherita. 

Foto: Facebook Wood & Wheat

Kalau tak nak makan pizza yang berat-berat, cubalah dessert!

Ada Triple Cheese (wooh!)…

Foto: Facebook Wood & Wheat

Ataupun Sweetie Pie (mengandungi pes pandan lotus, epal hijau dan merah, kismis, serbuk kayu manis dan jem buah citron Korea madu).

Foto: Facebook Wood & Wheat

Dah buat pilihan, pizza mana yang anda nak cuba? Jom singgah restoran Wood & Wheat di Petaling Jaya, okay?

Alamat: P-G-29, Tropicana Avenue, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 5 petang ke 10 malam. Tutup pada hari Isnin.

Sumber: Have Halal Will Travel, Facebook Wood & Wheat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 4 Oct 2018

13 Makanan Terbaik Yang Anda Patut Makan Selepas Bersenam

Jangan biarkan semua usaha anda ke laut.

Featured Mon, 19 Aug 2019

Lihat 20 tag pakaian ini. kelakar habis!

kreatif sungguh! rugi kalau tak tengok

Featured Thu, 9 May 2024
Featured Fri, 23 Sep 2022

Bob Lokman Meninggal Dunia

Salam Takziah. Al-Fatihah 🥀

Featured Tue, 21 Aug 2018

Menjuarai Ratu Cantik Remaja Dunia, Kate Grant Buat Golongan Sindrom Down Bangga!

Kate Grant peserta sindrom down pertama yang memenangi pertandingan Ratu Cantik Remaja Dunia yang diadakan di Portadown.

Eat Travel Wed, 4 Mar 2020