Categories: FeaturedOh Lawa

Rozita Che Wan dilantik duta Habib bagi kempen Rantaian Kasih Habib Aidifitri 2019

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Che Ta pada kejelitaannya. Meskipun tidak begitu aktif berlakon, dramatis terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta terus menjadi buruan untuk menjadi duta kepada pelbagai syarikat besar berikutan kejelitaan wajahnya.

Terbaru, beliau dilantik sebagai duta Habib bagi koleksi Rantaian kasih bersempena dengan kempen Aidilfitri 2019.

Rozita Che Wan dilantik duta Koleksi Rantaian Kasih Habib 2019

Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Habib, Yasheedah Yashaiya, berkata pemilihan Che Ta selaku duta Habib bertepatan dengan penampilannya yang anggun, selain beliau juga pelanggan setia Habib sejak dua dekad lalu.

“Che Ta ialah pencinta barangan kemas terutama berlian dan emas, malah beliau sering dilihat bijak memadansuaikan koleksi barang kemas dengan busananya.

“Bagi kempen ini, peminat Che Ta berpeluang untuk bertemu dengannya kerana Che Ta dan anaknya, Aaisyah Dhia Rania akan hadir pada bazar Ramadan Habib yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Mei ini di bilik pameran Ampang Point,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Anak Che Ta, Aaisyah turut memperagakan barang kemas Habib.

Koleksi Rantaian Kasih Habib menampilkan perincian berinspirasikan motif batik yang diberi nafas baharu dengan unsur kontemporari.

Pelbagai barang kemas ditampilkan dalam koleksi ini antaranya cincin, gelang, rantai, subang dan anting-anting yang hadir dalam rekaan lebih segar bersesuaian dengan cita rasa pengguna hari ini.

Antara koleksi yang turut dipamerkan sepanjang promosi itu adalah koleksi Swan Lake, #MyFirstDiamond, selain emas kuning, emas rose 916/999, berlian eksklusif, mutiara South Sea dan koleksi Aura merangkumi kalung labuh yang sesuai dengan wanita bertudung.

Koleksi Rantaian Kasih Habib untuk kempen Aidilfitri diinspirasikan daripada motif batik yang diberi nafas baharu.

Habib turut menyediakan aksesori untuk lelaki seperti butang baju Melayu bertatahkan berlian dan batu permata pelbagai warna yang cukup menarik.

Pengunjung bazar itu juga berpeluang untuk membeli barang kemas untuk si cilik iaitu koleksi emas 916 yang menampilkan gelang tangan kanak-kanak.

Habib juga bakal menganjurkan beberapa aktiviti istimewa misalnya Singgah Sahur, Zakat on Wheel dan iftar bersama-sama anak yatim Tunas Bakti.

Rozita Che Wan dilantik duta Koleksi Rantaian Kasih Habib 2019

Berikut antara tawaran istimewa daripada Habib:

– Potongan sehingga RM15 segram bagi emas 916 dan 999
– Diskaun sehingga 70 peratus untuk barang kemas berlian dan batu permata terpilih
– Tawaran kadar tukar beli emas lama sepanjang kempen berlangsung sehingga 4 Jun 2019

Jadi, apa lagi? Jom ke cawangan Habib terdekat!

Fadzlena Jafar