Categories: Featured

Rupanya Ada Seorang Lagi Ahli Keluarga Kardashian Yang Anda Mungkin Tak Tahu. Sama Cantik!

Adik-beradik perempuan keluarga Kardashian, iaitu Kourtney, Khloe dan Kim, semuanya cantik-cantik. Adik tiri mereka, Kendall dan Kylie, pun sama.

Jadi tak mengejutkanlah jika ada seorang lagi ahli keluarga mereka yang juga cukup lawa dan menarik perhatian.

OK, dia bukanlah berdarah keturunan Kardashian, tapi dia adalah juga darah pertalian dengan keluarga popular itu.

Namanya Natalie Zettel dan dia adalah seorang model yang baru saja berumur 18 tahun. Cantik, kan?

Dia adalah sepupu kepada adik-beradik Kardashian dan Jenner, di mana ibu mereka Karen Houghton dan Kris Jenner adalah adik beradik juga.

Natalie pernah mengatakan dalam satu temubual yang dia lebih gemar buat aktiviti orang-orang biasa, jadi mungkin sebab itulah kita tak pernah dengar tentang kewujudannya.

Walaupun secara teknikalnya dia bukanlah seorang Kardashian atau Jenner, Natalie nampaknya telah mengikut jejak langkah Kendall untuk mengukir kerjaya di dalam bidang modelling.

Jom tengok gambar-gambar yang dia pernah muatnaik di Instagram. Cantik sungguh!

Bonus: Kendall dan Natalia ketika muda!

Foto: www.magnis.news

Sumber: Insider

Ad Ops