Featured By: Fadzlena Jafar April 3, 2020 @ 11:40am

Salsabila jual aneka kuih tradisional Melayu di Belanda

Antara cabaran berada di luar negara tentunya keinginan untuk menikmati pelbagai hidangan tradisional Melayu seperti kuih-muih dan tentunya sate yang cukup popular di Malaysia.

Orang kata, kalau sudah tekak Melayu, ke hujung dunia sekali pun pasti mencari juadah Melayu. Itulah yang dirasai Salsabila Abbas yang kini menetap bersama-sama keluarganya di Belanda.

Beliau yang mengahwini warga Belanda, Peter Razenberg atau nama Islamnya Imran Yakob pada Ogos 2000, berpindah ke negara kincir angin itu pada November 2001.

Pada awal penghijrahannya ke Belanda, beliau pernah bekerja di beberapa syarikat termasuk di Kedutaan Malaysia di Belanda, namun berhenti kerja apabila anak sulungnya, Indera Satria Abbas Razenberg semakin membesar.

Bagi memanfaatkan masa terluang, Salsabila atau lebih dikenali sebagai Bella di Belanda, belajar untuk menghasilkan sendiri kuih-muih tradisional Melayu bagi memastikan keluarga kecilnya tidak lupa akan juadah berkenaan.

Kuih talam, karipap dan sate antara juadah yang disediakan Salsabila.

Beliau berkata, lama kelamaan minat berkenaan bercambah dan beliau mula belajar untuk menghasilkan kek menerusi YouTube bagi dinikmati keluarga dan jiran-jiran sebelum mengambil inisiatif untuk mengikuti kursus pastri di negara itu.

“Saya mula membuat kek sebagai hobi pada 2012 dan apabila ada permintaan khususnya daripada rakan dan jiran, saya ambil keputusan untuk belajar di sekolah pastri di Belanda bagi meningkatkan kemahiran.

“Alhamdulillah kemahiran menghasilkan kek dan juga hiasan semakin memuaskan dan sejak itu saya mula serius menerima tempahan,” katanya ketika dihubungi Hijab & Heels, baru-baru ini.

BellaPastiCeria menyediakan pelbagai tempahan kek berdasarkan permintaan pelanggan. (Gambar ihsan Salsabila Abbas)

Graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu kemudian membuka bakeri berdaftar, BellaPastiCeria yang menyediakan pelbagai juadah seperti kek, sate, kuih-muih tradisional Melayu dan menu nasi yang popular di Malaysia

Sejak itu, BellaPastiCeria mula meniti dari mulut ke mulut sehingga ada kalanya tempahan diterima tidak menang tangan. Ketika ini, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada rakyat Malaysia yang kini menetap di Belanda.

Salsabila menghasilkan sendiri kek ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini. (Gambar Facebook Salsabila Abbas)

Meskipun sibuk menerima pelbagai tempahan, Salsabila berkata, beliau memastikan tetap mempunyai masa bersama-sama dua cahayamatanya, Indera yang kini sudah berumur 14 tahun dan Nawal Saputra Abbas Razenberg, dua tahun.

“Saya tiada kafe kerana semua tempahan dihasilkan di rumah sahaja, tetapi saya ada dapur berasingan bagi kegunaan keluarga dan satu dapur lagi untuk menerima pelbagai tempahan.

“Dengan cara ini, meskipun saya bekerja, pada masa sama saya tetap dapat menguruskan anak-anak di rumah,” katanya.

Salsabila berkata, antara cabaran utama sepanjang membuka bakeri berkenaan adalah untuk memastikan syarikatnya itu sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Antara kek tempahan pelanggan yang disediakan dengan kreativiti Salsabila. (Gambar ihsan Salsabila Abbas)

Selain itu, katanya, kurang penghargaan daripada pelanggan terhadap nilai seni dalam menghasilkan hiasan kek antara cabaran yang dihadapinya sehingga sukar meletakkan harga bersesuaian berdasarkan kreativiti.

“Apabila membuka bakeri ini, kelulusan daripada Kerajaan memerlukan saya untuk memastikan kebersihan ruang penyediaan makanan mengikuti piawaian, dapur yang digunakan mesti berasingan antara dapur peribadi dengan dapur profesional dan menyediakan pendaftaran syarikat serta membayar cukai.

“Cabaran kedua, persaingan sengit daripada kilang yang menjual kek pada harga yang jauh lebih murah. Pelanggan pun agak ‘berkira’ dan tidak mahu berbelanja lebih untuk satu kek meskipun hasil seninya amat tinggi,” katanya yang lazimnya pulang ke Malaysia setiap tahun untuk mengunjungi keluarganya di Pontian, Johor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 10 Feb 2023
Gaya Hidup Thu, 28 Mar 2019

Wanita dari United Kingdom ini tidak boleh merasai kesakitan dan ini sebabnya

Beliau tidak mempunyai kebolehan untuk berasa sakit seperti manusia normal lain.

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

6 Jenis Kombinasi Makanan Yang Boleh Memudaratkan Kesihatan Yang Anda Perlu Elak!

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa kombinasi makanan yang boleh menjejaskan sistem pencernaan dan juga boleh membuatkan anda sakit.

Featured Mon, 9 Aug 2021

“Anak-Anak Belum Tahu Ketiadaan Arwah Ibu Mereka”- Shuib Reda Pemergian Siti Sarah Yang Bergelut Untuk Selamatkan Bayi

Pelawak dan suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah, Shuib reda dengan pemergian isteri tercinta yang menghembuskan nafas terakhir 5.13 pagi tadi. Penyanyi lagu Kesetiaan itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz […]

Featured Tue, 2 May 2023
Featured Sun, 25 Nov 2018

Selfie Telah Menyebabkan 259 Kematian, Para Saintis Cadangkan ‘No-Selfie Zone’

Ketahui tentang kes-kes kematian yang disebabkan oleh selfie.

familuv Mon, 27 Aug 2018

Lidah Bayi Anda Ada Kesan Kotoran Putih? Ikuti Cara-Cara Pembersihan Ini

Ia mesti dibersihkan, supaya bakteria tak membiak!

Featured Thu, 7 Apr 2022