Featured By: Ad Ops November 25, 2018 @ 5:00pm

Selfie Telah Menyebabkan 259 Kematian, Para Saintis Cadangkan ‘No-Selfie Zone’

Pada zaman sekarang, tak sah kalau anda tak pernah tangkap gambar selfie. Dan semestinya pernah ada masa di mana untuk menangkap selfie dengan jayanya, anda sanggup mengancam keselamatan diri sendiri. Pernah tak?

Itulah apa yang telah berlaku kepada 259 orang di antara tahun 2011 dan 2017, menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Family Medicine and Primary Care.

Mereka bukan saja cuba menangkap selfie dalam keadaan yang membahayakan. Akibatnya mereka telah maut.

Para pengkaji dari India Institute of Medical Sciences menganalisa kes-kes yang tercatat dalam akhbar Bahasa Inggeris di seluruh dunia.

Mereka mendapati hanya ada 3 kematian akibat selfie pada 2011. Jumlah ini meningkat ke 50 pada 2015 dan 93 pada 2017.

Selfie-selfie ini tak merbahaya, tapi perbuatan mereka yang berkaitan adalah membahayakan,” kata penulis kajian ini sebagai kesimpulan.

“Para individu perlu diingatkan tentang perbuatan dan lokasi-lokasi berisiko di mana selfie tak patut ditangkap.”

Foto: Caters News Agency

Para penyelidik ini juga menambah, kawasan pelancong di mana adanya air dalam, gunung berpuncak ataupun bangunan tinggi patut diiktiraf sebagai “no-selfie zones” (kawasan di mana selfie adalah dilarang). Ini adalah untuk melindungi orang ramai daripada mengancam keselamatan sendiri dengan tak semena-mena.

“Selalunya mangsa-mangsa kes ini adalah anak-anak muda dan pelancong kerana keinginan mereka untuk ‘nampak cool’, iaitu dengan memuat naik selfie mereka di laman media sosial dan mendapatkan ganjaran dalam bentuk komen dan ‘like’,” kata para pengkaji tadi.

Foto: YouTube

Kawasan air dalam adalah risiko terbesar, memandangkan 70 orang telah mati lemas. Risiko kedua terbesar adalah berkaitan dengan pengangkutan (seperti berlari ke depan keretapi) dan mengakibatkan 51 kematian.

48 orang pula telah meninggal dunia akibat terjatuh. Kematian lain adalah disebabkan oleh kejutan elektrik, serangan haiwan ataupun senjata api.

Sebagai contoh, awal tahun ini, sepasang kekasih telah terjatuh dan mati kerana cuba untuk menangkap selfie di atas dinding setinggi 130 kaki di Portugal.

Pada bulan Mei tahun ini, seorang lelaki telah dibaham oleh seekor beruang apabila cuba untuk menangkap selfie dengannya.

Pada tahun 2016 pula, seorang lelaki telah membunuh diri dengan tak sengaja apabila cuba menangkap selfie dengan sepucuk pistol. Laaaa!

Gambar di bawah ini adalah sebuah selfie yang popular kerana orang yang menangkapnya telah maut sejurus selepas itu.

Foto: Instagram

Xenia Ignatyeva, 17, telah memanjat jambatan keretapi setinggi 30 kaki di St. Petersburg, Russia untuk menangkap selfie tapi dia tergelincir lalu jatuh.

Sebelum dia mencecah tanah, dia sempat mencapai wayar-wayar hidup tapi malangnya dia telah menerima kejutan elektrik dengan 1,500 voltan.

Tu lah! Jangan pandai-pandai!

Menurut kajian ini lagi, kali pertama Google membuat carian untuk “selfie death” adalah pada Januari 2014, apabila seorang lelaki di Lebanon telah terbunuh kerana bom kereta, beberapa saat selepas mereka menangkap selfie.

Foto: Hashtag Wow Viral

Secara kesimpulannya, sekeping gambar takkan sama nilainya dengan nyawa anda. Perkara yang sama boleh dikatakan tentang merakam video bencana alam.

Seperti kata-kata juruterbang yang selamat daripada kapal terbang terhempas: “Jika anda selamat selepas merakam video itu, baguslah.

“Jika anda maut kerana anda lebih berminat untuk merakam video daripada memberi keutamaan kepada keselamatan anda, itu memang tak cool.”

Tak salah jika anda ini seorang “hantu selfie” sekalipun. Tapi jika anda ingin menangkap selfie tapi anda tahu ia boleh membahayakan, jangan!

“Likes” yang anda akan dapat tak berbaloi jika nyawa anda terancam. Tiada siapa tahu jika anda bertuah atau tidak.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 27 Feb 2022

SOP Lengkap Dos Penggalak Tunai Solat Jumaat Hanya Terpakai Di Selangor

Sebelum ini, rata-rata masyarakat ada yang kurang berpuas hati terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi menunaikan solat Jumaat apabila hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak sahaja dibenarkan hadir ke masjid atau surau. […]

Featured Thu, 25 Apr 2024
Featured Tue, 21 Dec 2021

Aktres Squid Game Jung Ho Yeon Nampak Lebih Kurus Daripada Biasa, Peminat Luah Rasa Risau

Baru-baru ini pelakon yang membintangi drama Squid Game, Jung Ho Yeon memuat naik beberapa gambar dirinya di halaman Instagram. Dalam beberapa foto yang dimuat naik, terdapat satu gambar di mana Ho Yeon yang juga seorang […]

Featured Fri, 28 Oct 2022

Merajuk Tak Dapat Lipstick, Celoteh Anak Izara Aishah Raih Perhatian

Tular sebuah video pelakon Izara Aishah bersama anaknya, Irisa Alaia yang pada awalnya ceria bertukar monyok hanya kerana tidak mendapat gincu. Memek muka Irisa yang mencebikkan mulut lalu menangis dalam video berdurasi 17 saat yang […]

Eat Travel Fri, 14 Dec 2018

Resipi Puding Raja Warisan Asli Negeri Pahang Yang Wajib Anda Cuba

Puding raja dikatakan amat digemari oleh golongan istana dan sering dijadikan hidangan istimewa untuk santapan diraja.

Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Terhibur Ustaz Azhar Idrus Ajar Seorang Wanita Cara Nak ‘Wefie’

Memang kelako ustaz ni.. Dengar cerita dulu UAI photographer yeke?

Featured Fri, 4 Jun 2021

Kekal Anggun Menawan, Tengku Permaisuri Norashikin Sambut Ulang Tahun Ke-50

DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin  menyambut ulang tahunnya yang ke-50 hari ini. Ucapan ulang tahun Tengku Permaisuri Norashikin diumumkan menerusi laman Selangor Royal Office. Walaupun baru mencecah usia 50 tahun namun Tengku Permaisuri […]

Featured Sun, 7 Oct 2018

Jika Kereta Anda Terperangkap Dalam Banjir, 5 Perkara Ini Wajib Anda Buat!

Jangan sesekali hidupkan enjin kereta anda jika terperangkap dalam banjir.

Featured Thu, 13 Jan 2022

HKL Kenal Pasti Pegawai Farmasi Biadab, Bakal Ambil Tindakan

Adab tu penting dik, tak kiralah nak handle macam mana sekalipun…