Anda mesti ada sediakan sebuah senarai tempat-tempat yang anda ingin lawati, berdasarkan budaya, sejarah, masakan serta tarikan pelancongan mereka.
Walau bagaimanapun, anda juga patut menitikberatkan tahap keselamatan bagi mengurangkan risiko anda menemui masalah ketika melancong.
Dengan laporan 2018 Global Law And Order Index oleh Gallup, anda boleh ketahui betul-betul negara mana yang selamat, dan negara mana yang anda patut buang daripada travel bucket list buat masa ini.
Lebih daripada 148,000 orang dari 142 negara berumur 15 tahun ke atas telah disoal jawab. Para responden telah menjawab soalan-soalan yang menyentuh pengalaman peribadi mereka dan tahap keselamatan yang mereka rasai di tempat tinggal mereka.
Bancian ini telah mendedahkan jawapan untuk soalan-soalan berikut:
Menurut Jon Clifton dari Gallup, bancian ini ingin menangani percanggahan di antara statistik rasmi dengan pengalaman peribadi rakyat.
“Di dalam masyarakat yang kurang selamat, penduduknya tidak melaporkan kepada pihat berkuasa sekiranya mereka diserang. Jadi data rasmi mungkin tidak melambangkan keadaan keselamatan tempat itu dengan tepat,” katanya.
Markah yang terkumpul di dalam bancian ini menunjukkan sejauh mana penduduk sesebuah negara itu rasa selamat. Lagi tinggi markahnya, lagi ramai orang yang melaporkan mereka rasa selamat.
So macam mana? Adakah anda terkejut melihat mana-mana negara di atas? Menurut pengalaman atau pengetahuan anda sendiri, memang patut tak mereka dilabel selamat atau tak selamat?
Apa-apa pun, untuk percutian anda yang seterusnya, take note dengan info di atas, ya!
Sumber: Reader’s Digest Asia
"Thank you so much for all of the advices" - Aliff Aziz
Alamak, tak relax la netizen 🤪
Usikan manja anak beranak ☺️
Good job Fathia
MashaAllah kesiannya