Featured By: Ad Ops August 14, 2019 @ 10:00am

Selena Gomez bakal lancar rangkaian produk kecantikannya sendiri

Setelah dilantik menjadi duta untuk pelbagai jenama fesyen termasuk Puma dan Coach, Selena Gomez kini bersedia untuk menerokai dunia kecantikan pula.

Tetapi bukan sebagai duta, sebaliknya beliau berminat untuk mengikuti jejak langkah ramai selebriti lain dengan melancarkan produknya sendiri.

Pada 11 Julai lalu, nampaknya penyanyi ini telah mendaftarkan tanda dagangan untuk ‘Selena Gomez’ dengan Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat.

Jadi apakah yang akan ditawarkan dalam rangkaian produk kecantikan ini? Buat masa ini, Selena belum lagi mengumumkan apa-apa, menurut E!.

Tetapi besar kemungkinan jenama ini akan menampilkan pelbagai jenis produk termasuklah minyak wangi, kosmetik, penjagaan kulit, rambut dan badan serta minyak essential.

Berita ini tidaklah mengejutkan bagi mereka yang mengikuti perkembangan kerjaya Selena, memandangkan beliau sering tampil dengan solekan yang bold baru-baru ini.

Salah satu insidennya ialah apabila Selena tampil di acara karpet merah untuk Festival Filem Cannes 2019 Mei lalu.

Foto: Buro 24/7 Malaysia

Rupanya yang dramatik ini tentunya menarik perhatian ramai. Beliau mengenakan gincu dengan warna merah menyala, pembayang mata yang memukau serta teknik solekan cat-eye yang ekstra. Mengancam!

Memandangkan ramai selebriti sudah pun mengeluarkan produk kecantikan mereka sendiri, tidak sabar pula nak tahu apa yang Selena akan tawarkan menerusi rangkaiannya nanti.

Ini bukan pertama kali Selena melancarkan produk sendiri. Pada tahun 2011, beliau pernah keluarkan minyak wangi dengan menawarkan peminatnya memilih sendiri ramuan untuk mencipta haruman yang dikehendaki. Menarik!

Foto: popkulture.com

Apa-apa pun yang Selena lancarkan, beliau akan buatkan Selenators dan peminat produk kecantikan di seluruh dunia ternanti-nanti.

Tungguuu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 Oct 2022

Tak Terganti Dedikasi Farahdhiya Buat Arwah Ayah Tercinta

Selepas 18 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, penyanyi dan pelakon Farahdhiya atau lebih mesra disapa Farah mencipta sendiri lagu Tak Terganti. Didedikasikan untuk seseorang yang istimewa, lagu tersebut disifatkan cukup dekat di hati. “Ramai sebenarnya […]

Featured Wed, 30 Oct 2019
Featured Tue, 11 Feb 2020
Featured Fri, 20 Jul 2018

Elak Poket Robek Di Pasaraya, Ini Helah Pintar Yang Perlu Anda Tahu

Baru nak terapikan diri dengan shopping, tapi dah stres sebab duit dah habis.

Featured Fri, 19 May 2023
Oh Lawa Tue, 7 May 2019
Featured Wed, 29 Mar 2023