Tahukah anda bagaimana pesakit koronovirus (COVID-19) sembuh daripada wabak itu?
Meskipun sehingga kini belum ada vaksin ditemukan dan masih dalam penyelidikan makmal, namun hampir semua negara yang terkesan akibat wabak COVID-19 menggunakan ubat antiretroviral iaitu HAART (highly active antiretroviral therapy) sebagai alternatif untuk menyembuhkan mangsa.
Antiretroviral adalah ubat yang digunakan dalam perawatan untuk pesakit yang dijangkiti human immunodeficiency virus (HIV).
China dan Thailand misalnya, melakukan rawatan itu dengan mencampurkan ubat anti-HIV lopinavir dan ritonavir bersama-sama ubat selsema oseltamivir dalam dos yang besar. England juga membuat penyelidikan ke atas ubat antiretroviral yang dikatakan boleh menyembuhkan pesakit COVID-19.
Sebaik sahaja HIV memasuki tubuh badan manusia, virus itu akan menjangkiti dan memusnahkan sel yang dipanggil CD4 dalam darah.
Sel CD4 bertanggungjawab untuk melawan jangkitan, dan merupakan sel terpenting dalam sistem imunisasi badan. Jika seseorang itu dijangkiti HIV, doktor akan membuat ujian ke atas darah secara kerap untuk memantau sistem imunisasinya.
Ujian ini akan mengukur jumlah sel CD4 dalam darah (kiraan CD4), dan jumlah HIV yang ada dalam darah (viral load).
Doktor akan tahu bila waktu yang paling baik untuk pesakit memulakan rawatan HIV, yang selalunya akan diberikan menerusi campuran tablet antiretroviral. Permulaan rawatan dapat membantu menaikkan kiraan CD4 dan mengurangkan viral load.
Wabak koronavirus mempamerkan ciri-ciri masalah pernafasan dan jangkitan paru-paru, sekali gus melumpuhkan sistem kekebalan tubuh sebagaimana dialami pesakit HIV.
Meskipun tidak dapat dipastikan sejauh mana keberkesanan penggunaan antiretroviral terhadap pesakit yang positif COVID-19, namun inilah ubat yang digunakan buat sementara waktu ini untuk menyembuhkan pesakit COVID-19.
Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa wabak koronavirus adalah satu jangkitan yang sangat kronik dan lebih pantas membunuh berbanding HIV sendiri.
Merujuk kesan sampingan biasa yang dialami pesakit HIV antaranya:
– Sakit kepala
– Rasa loya
– Muntah
– Cirit-birit
– Sakit perut
– Letih, tidak bermaya
– Demam (suhu tinggi)
– Keseluruhan rasa tidak sihat
– Sakit otot atau tidak selesa
– Sakit sendi
– Susah untuk tidur (insomnia)
– Batuk
– Hidung tidak selasa atau selsema
– Ruam
– Rambut gugur (alopecia)
Meskipun kerajaan memberi kelonggaran dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), selepas kadar jangkitan didapati menurun dan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh sepenuhnya meningkat, itu tidak bererti rakyat boleh bergerak bebas sesuka hati.
Selagi wabak itu masih wujud, selagi itu kita perlu mengamalkan kehidupan norma baharu yang dipraktikkan sepanjang PKP.
Ini kerana, sekiranya penularan jangkitan COVID-19 kembali ia akan mencipta gelombang yang lebih besar dan tentunya bekalan ubat antiretroviral tidak mencukupi untuk merawat mangsa COVID-19 dan pada sama sama pesakit HIV.
Justeru itu, patuh peraturan kerajaan sehingga kita benar-benar berjaya menumpaskan wabak ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.
Save the date!
Mungkin ini yang terbaik untuk Syasya 🫶🏼
Innalilahiwainnailaihirajiun
Fuh ramai yang restu ni!! Sabar okay semua