familuv By: Fadzlena Jafar April 16, 2020 @ 8:42pm

Seramai 315 kanak-kanak dijangkiti COVID-19 di Malaysia

Seramai 315 kanak-kanak  dijangkiti COVID-19 sehingga jam 12 tengah hari, hari ini, iaitu kira-kira 6 peratus daripada jumlah kumulatif 5,182 kes positif COVID-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr  Noor Hisham Abdullah, berkata pesakit kanak-kanak yang positif COVID-19 boleh ditemani ibu atau bapa di wad dengan syarat ibu bapa berkenaan menandatangani borang keizinan yang disediakan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr  Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini. (Gambar NSTP)

“Biasanya pesakit kanak-kanak akan mendapat jangkitan bersama-sama keluarga sama ada ibu atau bapa. Jika ahli keluarga turut dijangkiti, mereka akan ditempatkan bersama-sama dalam satu wad atau bilik.

“Jika kanak-kanak dijangkiti tetapi ibu bapa tidak dijangkiti, mungkin ibu atau bapa ingin menjaga kanak-kanak berkenaan. Ibu bapa perlu menandatangani borang keizinan untuk menjaga kanak-kanak berkenaan di dalam wad hospital,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan hanya satu kes kematian dicatat pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kepada 84 kes atau 1.62 peratus.

Sebanyak 110 kes baharu dikesan dan 119 kes dilaporkan sembuh serta dibenarkan keluar daripada hospital menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,766 kes.

Daripada jumlah kumulatif kes jangkitan COVID-19 itu, sebanyak 83 kes membabitkan kanak-kanak berumur kurang empat tahun, 83 kes kanak-kanak berumur antara lima hingga sembilan tahun dan 149 kes kanak-kanak berumur antara 10 hingga 14 tahun.

Dr Noor Hisham berkata, bagi kes ibu bapa yang ingin menemani anak mereka di hospital, KKM hanya membenarkan seorang sahaja ahli keluarga berada di wad berkenaan.

“Bagi ibu atau bapa yang menemani anak yang dijangkiti COVID-19, mereka digalakkan memakai peralatan pelindungan diri (PPE) bagi mengelakkan jangkitan kepada mereka,” katanya.

Gambar utama: John Moore/Getty Images/AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 May 2020
Featured Thu, 29 Sep 2022

Shuib Pecah Lantai Rumah, Netizen Pula….

Lahhh, nak ubah suasana rumah je, tak semestinya Shuib lupa pada arwah Siti Sarah 🥺

Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Fri, 19 Feb 2021

Pengasas Aplikasi Sugarbook Direman 7 Hari

Masih dalam siasatan pihak polis

Featured Mon, 15 Jul 2019
Featured Mon, 22 Nov 2021

Netizen Terhibur Dengan Gelagat Pekerja ‘Offshore’ Yang Terkejut Dengan Kehadiran Ular Di Pelantar Minyak

Bekerja di pelantar minyak mempunyai cabaran yang lebih berat, iaitu terdedah kepada kemalangan yang boleh membawa maut. Malah, keadaan di pelantar minyak itu sendiri terdedah kepada bahaya yang perlu dihadapi oleh pekerja pelantar setiap hari. […]