Categories: FeaturedSihat

Sering Berlaga Pipi, Gadis Ini Terpaksa Dibedah. Ngerinya!

Musim raya ini anda selalu tak bersalaman sambil laga pipi (cium) kawan-kawan mahupun saudara-mara anda? Kalau pernah, mungkin anda akan terkejut dengan perkongsian oleh seorang wanita, Hidayah Saari ini!

Menerusi laman Facebooknya, Hidayah berkongsikan kisahnya mengenai ketulan yang tiba-tiba muncul di wajahnya. Menurut doktor, ia mungkin disebabkan jangkitan kuman yang terjadi akibat berlaga pipi selepas bersalaman dengan orang pada hari raya. 

Ingatkan hanya jerawat biasa yang timbul di muka, rupanya ketulan akibat jangkitan kuman

Pipi terpaksa dibedah untuk buang nanah yang besar di pipi. Ketulan disebabkan berjangkit dengan orang yang mungkin baru lepas picit jerawat ataupun ada jerawat nanah.

Jadi, pada anda semua yang suka berlaga pipi, jagalah kebersihan wajah anda ya! Tak naklah disebabkan wajah anda yang mempunyai masalah jerawat yang bernanah berjangkit pula dengan orang lain. 

Sumber: Facebook Hidayah Saari

tex_admin