Eat Travel By: Yanie Baharom October 29, 2018 @ 6:00pm

Seronoknya Berenang Di Dalam Lautan Bunga Matahari. Cantik Sangat Untuk Instagram!

Melihat foto di atas, seorang gadis dikelilingi hamparan bunga matahari yang merimbun dengan ketinggian pokok hampir menyamai individu dewasa, anda pasti menyangkakan ia adalah salah satu lokasi percutian di Eropah.

Sedangkan, lokasi masyhur dengan nama Ladang Jim Thompson itu terletak di tanah tinggi Korat, Thailand.

Barangkali ramai yang tidak tahu, walaupun Thailand adalah negara kejiranan Malaysia, di mana berkongsi iklim khatulistiwa yang sama, tetapi negara Gajah Putih itu mempunyai kelebihan musim sejuk setiap kali menjelang Disember dan Januari.

Ini memberikan kelebihan kepada negara itu terutama dari segi penghasilan hasil pertanian beriklim sederhana.

Foto: nadzirahata

Bagi pengembara atau pelancong, lokasi yang ‘rare’ seperti inilah yang dicari untuk menambah koleksi gambar dan video serta memberi kepuasan dalam pengembaraan.

Bagi yang pernah mengunjungi tanah tinggi Korat yang terletak kira-kira 240 kilometer timur laut kota Bangkok, Thailand pastinya pulang bersama pengalaman manis yang sukar dilupakan.

Perjalanan memenatkan selama tiga jam setengah ke ladang Jim Thompson, tidak terasa sebaik tiba di ladang milik keluarga tokoh itu yang membantu mempromosikan industri sutera Thai sekitar 1950 an dan 1960 an di peringkat antarabangsa.

Ladang yang dibuka hanya lima minggu setiap tahun itu mulai awal Disember menjanjikan keseronokan tidak terhingga terutama apabila melihat lautan bunga spesies ulam raja atau Pink Cosmos.

Foto: nadzirahata

Panorama yang mengasyikkan dengan keindahan bunga-bunga serta sayur-sayuran yang ditanam yang boleh dijadikan ‘props’ atau latar belakang untuk rakaman video dan gambar pengunjung.

Memasuki kawasan perladangan ini, memerlukan pengunjung menaiki kenderaan seakan-akan traktor panjang tentunya menambah keterujaan bukan hanya bagi kanak-kanak tetapi golongan dewasa juga.

Ada beberapa hentian yang membolehkan pelancong berhenti menghabiskan masa seperti ladang bunga ulam raja dan sayuran hidroponik.

Laluannya pula diinspirasikan daripada sungai kelapan terpanjang di dunia, Mae Nam Khong yang pastinya melekakan pengunjung.

Hentian paling diminati adalah yang menempatkan ladang pelbagai bunga dan himpunan labu gergasi, pasti tidak mengecewakan pengunjung.

Seperti dalam siri kartun, pelbagai bentuk labu dengan pelbagai saiz disusun dengan indah menambahkan kecantikan bagi setiap gambar yang dirakam.

Foto: Miss Happy Feet

Foto: thetravelintern

Di hentian Perkampungan Isan pula, pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat produk kraftangan Thai termasuk hasil tenunan serta produk pengeluaran daerah itu yang terkenal seperti pulut.

Pengunjung berpeluang menikmati persembahan kesenian tradisi masyarakat tempatan serta tenunan sutera dengan lebih dekat.

Bukan itu saja, butik Jim Thompson juga dibuka kepada pelancong yang mahukan produk sutera yang berkualiti tinggi.

Kunjungan ke ladang ini tentunya tidak sah tanpa membeli belah produk hasil tanaman seperti teh serai, teh malberi, sayur-sayuran seperti labu dan kerepek selain cenderamata.

Usai lawatan ke ladang itu, sama ada mahu bermalam di hotel di bandar Korat atau Khao Yai, perjalanan boleh diteruskan ke bandar Lopburi yang menempatkan ratusan ekar ladang bunga matahari.

Foto: onethreeonefour

Foto: nadzirahata

Di kiri kanan jalan dipenuhi padang bunga matahari yang hanya mekar di musim sejuk di Thailand.

Perlu diingatkan waktu melawat ladang bunga matahari juga perlu sesuai kerana bunga itu tidak sepanjang hari mekar.

Lazimnya ia hanya mekar pada waktu matahari bersinar.

Bukan hanya dapat merakamkan gambar bunga matahari tetapi juga pengunjung berpeluang membeli kuaci dan madu di ladang sepanjang perjalanan ke bandar yang turut dikenali sebagai Bandar Bunga Matahari ini.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 17 Oct 2019

Ini cara kreatif untuk memupuk minat membaca terhadap anak-anak

Rangsang anak membaca dengan cara mudah!

Featured Wed, 18 Jan 2023
Eat Travel Tue, 27 Nov 2018

5 Cara Efektif Untuk Betulkan Telinga Yang Tersumbat Ketika Di Dalam Kapal Terbang

Bukan saja tak selesa dibuatnya, rasa sakit pun ada!

Featured Thu, 8 Jun 2023

[VIDEO] Isu Hina Kereta Biasa, Fatin Afeefa ‘Menganjing’ Suami… Netizen Harap Kekal Tabah Bersama Opai – “Tak Selamanya Di Atas Bro”

Memang win betullah Fatin Afeefa ni 🤣🤣 Dia je power perli suami sendiri hahah sabar yaa

Featured Tue, 7 Feb 2023