Categories: FeaturedGaya Hidup

Tak Payah Guna Gam Atau Jahit, Ini Cara Paling Mudah Tampal Lencana Sekolah

Cuti persekolahan baru saja bermula, pasti ada dalam kalangan ibu bapa yang dah mula membuat persiapan persekolahan. Dari segi buku-buku, yuran mahupun pakaian sekolah.

Yela, bila dah prepare awal-awal, taklah kelam-kabut nanti bila nak naik sekolah. Baru boleh holiday dengan tenang. Setuju tak?

Bila sentuh bab pakaian sekolah anak-anak, pastinya para ibulah yang paling sibuk untuk mempersiapkannya. Antara yang perlu dilakukan adalah menampal lencana dan name tag pada baju sekolah.

Agak rumit sebenarnya nak menjahit lencana dan name tag ini, bila jahit senget la, baju akan berlubang la dan sebagainya. Kalau guna gam, nanti cepat tertanggal pula. 

Jangan risau penulis ada jalan penyelesaiannya! Dipetik daripada portal Vanilla Kismis, perkongsian oleh Norhasnita Mohd Anuar yang telah berkongsikan bagaimana dia menggunakan double sided adhesive cloth untuk menampal lencana pada baju sekolah. Cara yang sangat mudah dan cepat!

1. Guna double sided adhesive cloth

Foto: Vanilla Kismis

2. Potong adhesive cloth ikut saiz lencana / nametag

Foto: Vanilla Kismis

3. Dah potong, lekat dan gosok menggunakan seterika

Foto: Vanilla Kismis

Gosok sehingga lencana atau name tag tersebut melekat. Siap! Mudah sahaja kan? Bagi anda yang tak tahu di mana nak beli double sided adhesive cloth ini, anda boleh membelinya di Daiso.

Foto: Vanilla Kismis

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook & Vanilla Kismis

tex_admin