Eat Travel By: Ad Ops November 22, 2018 @ 12:00pm

Teringin Nak Buat Popcorn Chicken? Ini Resipinya

Kalau tak silap penulis, KFC dulu pernah jual “popcorn chicken”. Lepas itu, TGV Malaysia pun ada jual.

Bagi anda yang tak tahu, popcorn chicken ini adalah hidangan kepingan-kepingan daging ayam yang bersalut tepung rangup.

Memang syoklah bila makan sebagai snek. Nak cicah dengan sos boleh, nak makan begitu saja pun boleh.

Dan yang paling best, tiada tulang dalam kepingan ayam ini, jadi setiap satunya boleh disuap ke dalam mulut dan dikunyah terus. Macam popcorn!

Nampak macam senang saja nak buat, kan? Jika anda berminat, di bawah ini adalah resipinya. Selamat mencuba!

Bahan-Bahan

1. Untuk perapan

  • 2kg dada ayam, dibuang tulang dan dipotong dadu
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 15 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar Secukup Rasa Maggi (optional)

2. Untuk goreng

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung beras
  • Secubit baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 3 biji telur, dipukul sikit dengan garpu

Cara Penyediaan

  1. Perap ayam dengan menggunakan semua bahan perapan selama sekurang-kurangnya 30 minit.
  2. Gaul kepingan ayam tersebut dalam telur yang telah dipukul. Kemudian salutkan ayam dengan campuran bahan-bahan goreng yang lain.
  3. Goreng dengan api perlahan dalam minyak yang banyak.

Tip: Masukkan bahan-bahan goreng (tak termasuk telur) ke dalam mangkuk bertutup. Setelah menggaul ayam dalam telur, masukkan pula ayam di dalam mangkuk itu. Tutup dan goncang supaya ayam akan disaluti tepung dengan rata.

Sumber: Resepi Makanan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 28 Sep 2022

Saksi Dakwa Ebit Lew Hantar Foto K*maluan Di Aplikasi WhatsApp

Tak tau nak kata apa, tunggu je lah keputusan kes perbicaraan tersbeut okay!

Featured Wed, 7 Dec 2022
Eat Travel Mon, 2 Jul 2018

Buat 4 Jenis Kek Di Dalam Mug Dengan Menggunakan Microwave, 3 Minit Dah Siap!

Sesuai untuk orang-orang yang malas buat kek tapi teringin.

Featured Sat, 26 Nov 2022

“Kami Berbeza Dari Segi Style..” – Tak Gentar Dibandingkan Dengan Dolla, Girl Group ‘Stellar’ Lancar Single Sulung ‘Where You Wanna Go’

Ini bagus, bersaing secara sihat! Support semua group 🤩 Congratulations Stellar untuk single pertama. Goodluck 🤩 Korang jangan lupa dengar kat YouTube ok! Best tau lagu niii 🤩🤩🤩

Featured Thu, 17 Nov 2022

Tempuh Penerbangan Berbelas Jam, Nazeera Sardi Hiking Dengan Dress Untuk…

Pelakon Nazeera Sardi berkongsi momen percutiannya di Turkiye. @nazeerasardi10 Berbelas jam fly ✈️ untuk sampai ke sini, hiking dengan dress seawal 6 pagi untuk sampai atas ni dengan kesejukan 9-11c. Tapi, rasa berbaloi dapat tengok

| Live TV

error: Content is protected !!