Categories: FeaturedGaya Hidup

Ubat Gigi Penyebab Diabetes. Betul Ke?

Setiap hari pasti kita akan memberus gigi 2 hingga 3 kali sehari untuk mengelakkan pembentukan bakteria dalam mulut selain menjaga kesihatan gigi. Itu yang kita praktikkan sejak kecil lagi kan?

Namun, menurut satu kajian oleh Universiti Texas, Amerika Syarikat mendapati bahawa titanium dioksida yang terdapat dalam ubat gigi boleh menyebabkan diabetes jenis kedua (diabetes bebas insulin).

Memetik laporan Daily Mail, artikel yang disiarkan di dalam jurnal Research Chemical in Toxicology, penyelidik telah menganalisis sampel kecil pankreas daripada 11 sukarelawan.

Hasil kajian tersebut mendapati, 8 daripadanya mengalami diabetes jenis kedua. Paling mengejutkan, terdapat titanium dioksida (E171) ditemui dalam tubuh mereka. Bagaimanapun, tiada kesan kimia dijumpai dalam tubuh 3 orang sukarelawan lain.

Foto: Sinar.FM

Walau bagaimanapun, penyelidik mengumumkan bahawa mereka akan melakukan lagi kajian yang sama ke atas kumpulan sampel yang lebih besar.

Ini kerana, kandungan titanium dioksida atau E171 digunakan secara meluas dalam kosmetik dan industri makanan kerana keupayaannya memberikan warna putih kepada produk. 

Bagi anda yang mengalami gejala sering dahaga, buang air kecil yang kerap dan kerap lapar, anda mungkin mengidap diabetes tahap kedua. Pastikan anda mendapat rawatan yang segera!

Sumber: Vitdaily, Malay Mail, Penerangan

tex_admin