Categories: Eat TravelFeatured

Wanita Ini Hasilkan Kek ‘Lion King’ Bernilai RM4800. Kreatif Habis!

Setiap daripada kita mempunyai tahap kreativiti yang berbeza. Ada orang mahir dalam dunia peragaan, ada juga yang mahir dalam masakan, seni lukisan dan sebagainya, semua itu bergantung kepada anugerah kurniaan Ilahi. 

Begitu juga dengan si cantik manis Anne Idris ini, dia sangat mahir dalam dunia pembuatan kek. Pernah dianugerahkan Usahawan Tekun (2017), kemahirannya dalam dunia pembuatan kek memang tidak dapat disangkal lagi!

Baru-baru ini, penulis amat tertarik dengan hasil tangannya dalam menghasilkan sebuah kek bertemakan watak kartun Lion King. Kalau anda nak tahu, untuk menghasilkan kek Lion King ini memerlukan tahap kemahiran serta kesabaran yang tinggi. Kalau tak ade kemahiran, takut juga kek yang dihasilkan tak serupa dengan Lion King pula. Haha!

Kek seberat 25kg yang berperisa ‘American chocolate cake’ ini ditempah oleh salah seorang pelanggannya. Harga untuk kek yang sangat awesome ini adalah bernilai RM4800. Penulis rasa sangat berbaloi dengan harga kerana bukan mudah nak hasilkan kek ini!

Proses pembuatan kek Lion King

Hasilnya memang nampak macam real Lion King yang comel!

Kreatif sungguh kan? Bukan setakat kreatif saja, Anne Idris juga merupakan usahawan yang berjaya kerana memiliki empayar perniagaan tersendiri iaitu memiliki sebuah kedai kek di Shah Alam. Anda boleh lihat pelbagai jenis rekaan kek yang dihasilkan oleh Anne di Instagramnya mymumsbakery.

Sumber: Instagram

tex_admin