Featured By: Fadzlena Jafar April 22, 2020 @ 12:20pm

Wanita Itali berusia 104 terselamat daripada COVID-19 dan Selesema Sepanyol

Seorang wanita Itali berusia 104 tahun, dikatakan manusia tertua yang terselamat daripada dua wabak paling banyak menyebabkan kematian di dunia, selesema Sepanyol (Spanish Flu) pada 1918 dan kini, COVID-19.

Akhbar yang berpangkalan di United Kingdom (UK), The Sun melaporkan petugas kesihatan menganggap kejayaan Ada Zanusso mengharungi COVID-19 sebagai keajaiban dan memberi sinar harapan pada dunia perubatan.

Ada dikatakan mula menunjukkan gejala berkaitan COVID-19 di rumah penjagaan warga tua di Biella, utara Itali pada 17 Mac lalu, iaitu lapan hari selepas Kerajaan Itali melaksanakan Perintah Berkurung di seluruh negara.

Menurut seorang daripada empat anaknya, Giampiero, ibunya didapati muntah, demam dan mengalami kesukaran untuk bernafas sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

“Saya mengesyaki ibu dijangkiti novel koronavirus itu kerana rumah penjagaan itu sudah mempunyai beberapa kes yang disahkan COVID-19, malah ada yang sudah meninggal dunia.

“Selepas dibawa ke hospital, dia disahkan dijangkiti virus berkenaan, tetapi syukur kini dia sudah sembuh sepenuhnya. Menurut doktor kemungkinan ibu saya manusia tertua yang terselamat daripada jangkitan COVID-19,” katanya kepada media.

Ada yang dilahirkan pada 1916 turut terselamat daripada wabak Selesema Sepanyol yang melanda Eropah pada Januari 1918 hingga Disember 1920. Wabak berkenaan dikatakan menyebabkan jangkitan kepada lebih 500 juta penduduk dunia dan dianggarkan membunuh lebih 50 juta pesakit.

Petugas kesihatan membawa mayat pesakit COVIF-19 untuk dikebumikan. Itali antara 10 negara paling terkesan akibat COVID-19 (Gambar AFP/OSCAR DEL POZO)

Berbanding wabak Selesema Sepanyol yang menyebabkan kematian membabitkan pesakit pelbagai peringkat umur, COVID-19 pula dilihat lebih berbahaya kepada pesakit yang berusia 60 tahun ke atas.

Doktor yang merawat Ada, Dr Carla Furno Marchese, berkata wanita berkenaan yang dianggap keajaiban perubatan, tidak menunjukkan sebarang kesan sampingan selepas disahkan bebas daripada COVID-19.

“Dia kelihatan sihat, tidak terbaring dan mampu berjalan ke arah kerusinya, malah ingatannya kekal fokus.

“Kejayaan Ada sembuh adalah hari yang paling menggembirakan bagi kami dan memberikan harapan kepada kami lebih-lebih lagi selepas melalui hari yang sungguh menyedihkan,” katanya.

Selain wanita Itali itu, media turut melaporkan dua lagi wanita berusia 103 tahun disahkan sembuh daripada COVID-19, iaitu Zhang Guangfend dari Wuhan, China dan seorang lagi wanita dari Iran yang tidak didedahkan namanya.

Petugas kesihatan sedang merawat pesakit COVID-19 di Bologna Itali (Gambar AFP/Miguel MEDINA)

Pada Mac lalu, USA Today melaporkan kejayaan seorang lelaki berusia 101 tahun juga dari Itali sembuh daripada COVID-19.

Warga emas yang hanya dikenali sebagai Mr P itu dibenarkan keluar daripada hospital apabila ujian mengesahkan beliau negatif COVID-19 selepas mengharungi beberapa minggu di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut agensi berita Itali, ANSA, berita gembira itu diumumkan oleh Timbalan Datuk Bandar Rimini,Gloria Lisi.

“Mr Pi berjaya, dia sudah sembuh daripada COVID-19. Pada usia 101 tahun, dia bukti bahawa tiada siapa tahu  apa akan berlaku pada masa depan,” katanya.

Gambar utama: The Sun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 Apr 2020
Featured Sat, 13 Aug 2022

‘Digam’ Lepas Video Aksi Panas Tular Di Bigo, Natasha Elyzza Akui Lebih Matang & Memilih Kawan – “Memang Masa Muda Saya Seperti Monyet”

Setiap orang takkan lari daripada buat kesilapan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Life must go on right? 😙

Featured Tue, 24 Mar 2020

Buat pemeriksaan sendiri dengan jawab 12 soalan COVID-19

Elak saringan tidak perlu kerana harga ujian RM400

Featured Sun, 26 Aug 2018

4 Jenis Teh Yang Boleh Bunuh Lemak-Lemak Degil Dalam Badan

Lagi bagus anda minum teh ini tanpa gula!

Featured Wed, 13 Oct 2021

Hadir Ke Mahkamah Syariah Bersama Suami, Siti Saleha Fail Tuntutan Cerai

Pergolakan rumah tangga aktres jelita, Siti Saleha menjadi persoalan ramai apabila pelakon itu didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes perceraiannya. Menurut laporan sebuah portal, prosiding dilakukan di […]

Featured Wed, 21 Dec 2022
Featured Wed, 2 Feb 2022

Selamat Bernikah Kali Kedua, Azlee Khairi Anggap Diri ‘Bertuah’

Tak senua perkara boleh di share kat public okay!

Featured Mon, 12 Sep 2022
Featured Thu, 15 Sep 2022