Siapa yang suka makanan Korea, mesti kimchi antara makanan pilihan anda kan? Rasanya yang masam-masam, kalau makan bersama nasi putih memang terangkat punyalah!
Kimchi merupakan salah satu jenis sayur jeruk hasil pemerapan daripada bahan-bahan seperti garam, gula, udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.
Biasanya kalau nak buat kimchi, sayur yang digunakan adalah kobis, timun, sawi putih dan lobak. Kalau anda nak tahu kat Korea, kimchi selalunya dihidangkan pada tiap kali waktu makan. Bukan itu saja, kimchi juga digunakan sebagai ramuan untuk masakan seperti stew kimchi, nasi goreng kimchi dan pelbagai masakan lain.
Menurut majalah Health Magazine, kimchi disebut sebagai salah satu dari lima ‘makanan tersihat’ di dunia kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin. Kimchi yang dihasilkan berasaskan sayuran yang berkhasiat dan apabila ia ditambah dengan bakteria hidup akan menjadi lebih bermanfaat kepada kesihatan anda.
Untuk pengetahuan anda, kimchi diperam dengan bakteria asid laktik probiotik. Pakar diet Kathleen Levitt, bakteria tersebut akan menghasilkan mikroorganisma yang dapat membantu anda mencerna makanan dengan lebih baik.
Semasa proses penapaian, kimchi mewujudkan bakteria sihat yang membantu melawan jangkitan. Salah satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cancer Prevention, saintis mendapati bahawa, ciri-ciri sistem imun menggabungkan ciri-ciri anti-radang pada kimchi dan akan mengurangkan risiko kanser.
Selain itu, kimchi juga mempunyai kandungan serat yang tinggi akan menjadikan anda berasa kenyang. Ia juga akan membuatkan anda kurang makan daripada biasa. Sangat bermanfaat bagi anda yang ingin kurus!
Kalau anda nak tahu, kimchi juga antara makanan yang berkalori rendah iaitu 22 kalori dalam satu cawan. Jadi, digalakkan anda mengambilnya sebagai makanan sampingan bukannya makanan ruji.
Jadi, kalau anda yang nak kurus, makanlah kimchi ya!
Sumber: Cosmopolitan & Wanista
Semoga diberikan kesembuhan
Puteri Sarah dah lama move on kan. Korang ni pun?❤️❤️❤️
Ruhainies hanya jalani kehidupan macam biasa
Ruhainies cakap views IG dia berjuta ya... takkan tak ada sorang yang positif kot..
Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.