Figura By: Padin November 30, 2023 @ 7:01pm

Bangkit Berdiri Selepas Pandemik, Doktor Gigi Jelita Ini Serius Majukan Bisnes Dengan 2 Cawangan

Hilang semangat ketika pandemik menjadi pencetus idea kepada doktor gigi, Dr Alyssa Azlan, 29, untuk meneroka bidang perniagaan dengan membuka klinik sendiri.

Berbekalkan modal melalui pinjaman bank, Klinik Gigi Stellar pertama berjaya dibuka di Setia Alam pada tahun 2020, disusuli cawangan kedua di Kota Damansara tiga tahun kemudian.

Pemegang Sijil Lanjutan dalam bidang Implantologi & Ortodontik dari New York University (NYU) itu memberi fokus kepada perkhidmatan estetik dan kosmetik gigi.

“Kami memilih untuk menawarkan perkhidmatan estetik dan kosmetik gigi selari dengan keperluan semasa terutama bagi golongan yang mengutamakan kecantikan serta kebersihan oral.

Apatah lagi kini kemajuan dan lambakan teknologi dalam sektor pergigian mempunyai permintaan tinggi kerana satu senyuman mampu mengubah kehidupan.

“Malah secara harfiah senyuman seseorang itu menunjukkan keyakinan sekali gus lebih menyerlahkan penampilan seseorang,” katanya.

Ini berdasarkan pengalaman membuat rawatan kosmetik gigi kepada pelanggan yang memberikan reaksi positif apabila menyatakan kosmetik gigi mampu mengikis rasa malu dalam diri.

Berkongsi mengenai perkembangan Klinik Gigi Stellar, selepas dua tahun beroperasi di Setia Alam, Dr Alyssa akui membuat keputusan berani dengan membuka sebuah lagi cawangan di Kota Damansara disebabkan permintaan ramai.

Pada masa sama, graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu bersyukur sentiasa meraih sokongan suami, Hafiz Khairudin, 30, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif rangkaian Klinik Gigi Stellar.

Menurut Dr Alyssa, suami yang berkelulusan bidang kejuruteraan berperanan sebagai pegawai operasi dan menguruskan kewangan syarikat merupakan tulang belakang kejayaan selama ini.

Tambah Dr Alyssa, walaupun mereka berdua tiada latar belakang bidang perniagaan, itu bukan halangan untuk mereka menguruskan klinik yang semakin meraih kepercayaan ramai.

Sebagai pemangkin, pasangan terbabit turut aktif mengikuti kursus perniagaan untuk menambah ilmu supaya dapat membuat penambahanbaikan dalam perniagaan.

Berkongsi pula pendapat tentang rawatan kosmetik gigi yang menjadi trend masa kini seperti ditawarkan pusat rawatan kecantikan, Dr Alyssa meminta orang ramai lebih berhati-hati.

Katanya, pakej yang ditawarkan pusat rawatan kecantikan berisiko tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan gigi seperti gusi berdarah dan gigi goyang serta pelbagai lagi.

Tambah Dr Alyssa, ini kerana ada dalam kalangan pusat terbabit rawatan tidak mempunyai lesen sebagai doktor gigi selain tidak diiktiraf.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Mar 2023
Featured Fri, 2 Dec 2022

Tarbiah Netizen Tak Qada Solat: “Kena Ke Neraka Dulu Baru Syurga” – Ustaz Wadi Anuar

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar memberi pesanan kepada warganet yang pernah meninggalkan solat. @zikirselalu Qadha solat #fypシ #ustazwadiannuar ♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikTok oleh @zikirselalu, […]

Featured Tue, 7 Mar 2023

“Dia Terbuka Untuk Mencuba” – Yazmin Aziz Kongsi Teman Lelaki Minat Kenali Budaya Melayu & Agama Islam

Kekasih saya bukan orang Islam tapi dia sangat menghormati agama Islam – Yazmin Aziz

Featured Mon, 23 Jan 2023