Categories: Filem

Anak-Anak Dah Mula Bosan? Apa Kata #StayAtHome Sambil Layan Animasi Ejen Ali Di IFLIX Secara Percuma!

Berita baik buat semua!

Bila tiba musim cuti sekolah, mesti ada yang tidak tahu aktiviti apa untuk dilakukan dan kadangkala ada ibu bapa merasakan inilah masa yang agak memeningkan kerana mereka perlu merancang pelbagai aktiviti supaya masa yang berharga ini terisi dengan baik.

Haa, tak perlu risau lagi. Kini, animasi kegemaran ramai Ejen Ali bakal memeriahkan musim cuti sekolah si cilik  hanya di aplikasi iflix secara percuma tau!

Seperti yang kita sedia maklum, Ejen Ali The Movie telah membuka lembaran 2020 penuh bergaya apabila meraih kutipan sebanyak RM30 juta dalam tempoh enam minggu tayangan. Nampaknya, bukan sahaja filem ini menghiburkan kanak-kanak malah turut menarik perhatian ibu bapa dan seluruh golongan daripada semua peringkat umur. 

So, sempena musim cuti sekolah dan perintah kuarantin di rumah sempena COVID-19 ini, iflix telah mengambil inisiatif untuk menawarkan siri kanak-kanak Ejen Ali yang membolehkan korang berhibur sambil belajar seisi keluarga di mana-mana secara percuma!

Inilah peluang untuk ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak menonton cerita-cerita menarik di platform ini.

 

 

Konsep Edutainment Ekslusif Di IFLIX!

Confirm siri kanak-kanak Ejen Ali dapat menceriakan dan memeriahkan musim cuti sekolah si cilik dengan  berkonsepkan edutainment yang terbaharu dan eksklusif hanya di iflix!  

“Kami sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh penonton terhadap kandungan yang telah kami sediakan,” kata Dinesh Ratnam selaku Pengurus Besar iflix.

 

Dengan adanya platform sebegini, kini setiap ibu bapa boleh menjadi lebih peka dalam pemilihan program untuk tontonan anak-anak khususnya bawah umur 3 tahun, supaya mereka tidak ketagih dengan pelbagai siri kartun yang mungkin tidak sesuai ditonton. Lebih dari 500 judul siri kanak-kanak pelbagai bahasa menanti penonton di saluran kanak-kanak di iflix.

 

 

Sambil layan Ejen Ali di iflix,  setiap Ejen juga perlu tahu Misi: Jalankan Perintah Kawalan Pergerakan cara Ejen Ali di bawah ini ya!

 

Sekali lagi, jangan lupa untuk saksikan animasi Ejen Ali eksklusif sepanjang cuti sekolah di iflix secara PERCUMA di laman https://www.iflix.com/kids  okay?

Stay safe Ejen, Kita Jaga Kita!

Syafiqa Irdina