Categories: Trending

“Ia Mimpi Ngeri Buat Saya” Pesakit Ini Kongsi Pengalaman Menderita Positif Covid-19

Bagi yang masih degil untuk tidak duduk di rumah dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, mungkin perkongsian dari pesakit positif Covid-19, Encik Hamdan Hashmuddin yang berusia 31 tahun ini sedikit sebanyak mampu memberi kesedaran buat rakyat Malaysia khasnya.

Masih menjalani pengasingan dan rawatan di Hospital Rembau, Negeri Sembilan, beliau berkata ia merupakan mimpi yang paling ngeri sepanjang hidupnya selepas dijangkiti wabak tersebut daripada kedua ibu bapanya.

Sumber : Google

Badan saya sangat lemah, susah bernafas dan batuk kering sampai satu tahap air dalam perut terkeluar. Cuma kematian saja saya fikirkan.

“Ia macam mimpi ngeri bagi saya sebab itu saya berdoa supaya wabak ini lenyap terus supaya orang lain tidak melalui apa yang saya rasa,” 

Menurut beliau, kedua orang tuanya itu disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri sebuah mesyuarat badan berkaitan kerajaan (GLC) di ibu negara dan dipercayai acara itu turut dihadiri oleh individu yang dikenalpasti dijangkiti wabak tersebut.

Malah, mereka sekeluarga diminta untuk menjalani pengasingan diri di rumah sebelum beliau dan adik-beradik yang lain disaring pada 4 Mac lalu. 

Sumber : Google

“Ibu bapa saya disahkan positif wabak itu selepas semua yang menghadiri mesyuarat berkenaan diarahkan membuat saringan di Hospital Sungai Buloh. Kami sekeluarga diminta untuk pengasingan sendiri di rumah sebelum saya dan adik beradik disaring pada 4 Mac lalu.

“Pada malam hari sama, suhu badan saya meningkat dan saya alami batuk sebelum mendapat panggilan saya positif wabak itu dan diarahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, 9 Mac lalu,” Katanya.

Tambahnya lagi, beliau kini menjalani rawatan seperti pesakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) selepas mengalami simptom lengkap Covid-19.

“Selama di hospital, saya diasingkan dari dunia luar dan tidak dibenarkan menerima pelawat. Rutin harian seperti solat, makan minum semuanya dilakukan dalam bilik saja”

“Kalau saya rindu dengan adik beradik di rumah dan mak ayah yang dikuarantin di hospital, kami akan buat panggilan video” 

Sumber : Google

Dan difahamkan, keadaan kesihatannya kini bertambah baik dan masih menunggu ujian selanjutnya untuk memastikannya bebas daripada wabak berkenaan.

Beliau juga sempat menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan buat barisan petugas perubatan yang merawat pesakit sepertinya, menasihati rakyat Malaysia sentiasa mempunyai kesedaran memerangi wabak ini.

“Saya hargai penat lelah kakitangan kesihatan bertungkus lumus kerja tinggalkan keluarga mereka demi merawat kami di hospital”

“Nasihat saya, rakyat Malaysia sentiasa berwaspada dan hadkan pergerakan kerana kita tidak tahu dapat jangkitan dari mana”

“Paling penting, jangan takut lakukan saringan kerana doktor kita memang yang terbaik dan bersedia menghadapi situasi ini tetapi janganlah sampai biarkan gelombang lebih besar datang lagi,” Jelasnya.

Apapun, diharap bagi mereka yang berada di luar sana, hargailah dan patuhi pesanan kerajaan agar berada di rumah selama dua minggu ini bagi mengatasi penularan Covid-19.

Dan, untuk mengetahui maklumat terkini mengenai kes Covid-19 ini, anda bolehlah saksikan Buletin Utama, pada jam 8 malam di TV3.

 

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin