Categories: Filem

Ben & Bella – Drama Pendek Baru Hannah Delisha & Alvin Chong!

Bella. Cantik, anak orang kaya, tapi mudah lemah dan sering membandingkan diri dengan kejayaan ayahnya sendiri. Ben pula cool, tapi ada kisah silamnya tersendiri.

Ditugaskan bersama Ben dalam satu projek di pejabat membuatkan mereka mula rapat dan Bella belajar menjadi lebih berani dan berusaha menjadi lebih bagus atas dorongan dan nasihat Ben.

Namun konflik berlaku di pertengahan jalan membuatkan mereka renggang. Macam mana dengan projek mereka? Apa kesudahannya?

Jangan lupa saksikan drama comel, Ben & Bella, lakonan hebat Hannah Delisha dan Alvin Chong serta penampilan istimewa Umie Aida, Bella Dally dan ramai lagi, mulai 23 Mac 2020, setiap Isnin jam 9.50 malam hanya di TV3!

Drama bersiri pendek ini dibawakan oleh Nescafe Blend & Brew untuk kempen terbaru mereka, Bangkitkan Semangat Pagi. ‘Get ready moment’ atau ‘momen sentiasa bersedia’ adalah untuk menyerlahkan potensi mereka dengan Nescafe Blend & Brew. Selain itu, transformasi yang disampaikan melalui drama bukan sahaja lebih dekat dengan penonton tetapi juga memberi motivasi kepada merekat untuk berubah ke arah yang lebih positif.
Nur Umirra Md Sahad