Categories: Filem

#DramaRaya2019 : Wakaf Dosa Sarat Dengan Pengajaran

Nama Bakri Zain sememangnya cukup terkenal dalam industri hiburan. Siapa yang tidak mengenali sosok lelaki bernama Bakri, seorang pelakon banyak merangkul anugerah dan rezekinya tidak pernah putus. Namun, kejayaan Bakri dicemburui oleh rakan artis Danial Muhaimin.

Tidak pernah terfikir oleh Bakri yang hari kejatuhannya telah bermula apabila suatu hari sebuah video skandal seks Bakri Zain bersama dua orang perempuan viral di media sosial. Di saat kejatuhannya itulah, Bakri mula tersedar yang dirinya jauh daripada Allah. Baginya agama itu adalah sekadar tanggungjawab terhadap keluarga sahaja tapi bukan untuk dirinya.

Lain pula cerita Puteri Najwa, anak sulung Bakri Zain yang kini sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Najwa mempunyai impian menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar. Sama sekali berbeza dengan kejayaan ayahnya yang lebih menjurus ke ‘Dunya’, Najwa menjadikan ‘Akhirat’ sebagai titiannya dalam hidup untuk menuju ke syurga. Walaupun Najwa dan ayahnya Bakri Zain jauh berbeza, Najwa tidak pernah sesekali meragui atau judgemental ayahnya.

Namun, skandal video yang tersebar itu telah membuatkan Bakri murung dan akhirnya meninggal dunia. Adakah Najwa bakal menuntut keadilan bagi ayahnya. Adakah Daniel terlibat dalam skandal video ini? Nantikan drama Wakaf Dosa dalam slot Cerekarama, Syawal ini hanya di TV3. 

Salma Syahbuddin