Categories: Filem

Filem Paskal Raih RM7.5 Juta Dalam Masa 4 Hari? Wow!

Sambutan terhadap filem tempatan nampaknya semakin baik dikalangan masyarakat Malaysia. Mana taknya, selepas kutipan yang memberangsangkan untuk filem Hantu Kak Limah dengan meraih kutipan sebanyak RM20.5 juta, di ikuti  filem Munafik 2 yang meraih RM40 juta kutipan dalam masa 17 hari tayangan sahaja kali ini, filem Paskal pula menjadi tumpuan apabila, telah meraih kutipan sebanyak RM7.5 juta dalam masa 4 hari tayangan sahaja.

Menurut pendapat orang ramai, filem ini nyata telah mengubah persepsi masyarakat Melayu kerana pada awalnya mereka menganggap filem ini agak skeptikal kerana mengetengahkan isu ketenteraan.

Kalau nak tahu, sebenarnya filem Paskal ini adalah sebuah cerita yang diadaptasikan daripada kisah benar sebuah operasi yang telah dijalankan oleh Pasukan Khas Laut Tentera DiRaja Malaysia  dalam misi pengaman PBB di Angola pada tahun 1998 dalam misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011 iaitu kejadian yang telah berlaku 9 tahun yang lalu.

Apapun, rata-rata nampaknya memuji filem ini malah, ada yang siap pesan Paskal antara karya terbaik yang patut ditonton oleh masyarakat tempatan.

Jadi, apa tunggu lagi. Marilah kita sama-sama menyokong filem tempatan kita. Tak gitu!

Salma Syahbuddin

Recent Posts