Categories: Acara

Warga Penang Serbu Booth Hijab & Heels Di Karnival Jom Heboh. Happening Habis!

Memang meriah!

Karnival Jom Heboh yang berlangsung hujung minggu lalu di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang telah berjaya menawan hati warga Penang untuk serbu ke booth Hijab & Heels! Penulis sendiri yang berada di booth memang tak menang tangan melayani para pengunjung yang sangat sporting!

Sepanjang 2 hari tersebut, booth Hijab & Heels telah melakukan pelbagai aktiviti dan permainan yang cukup menarik. Para pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini. Antara aktiviti dan permainan yang berlangsung seperti Demo Makeup, Hijab Styling, Sesi Kecantikan, Imbang Bulu Tangkis, Siapa Cepat Dia Menang dan banyak lagi!

Bukan itu saja, T-shirt dan cap Hijab & Heels juga ‘laku keras’ yang dibeli oleh pengunjung. Para pengunjung juga turut memenangi pelbagai hadiah-hadiah menarik! Best gila! Jom kita lihat foto-foto yang sempat kami rakamkan.

Meriah kan? Bagi anda yang nak rasa sendiri kemeriahan ini bersama kami, boleh kunjungi Karnival Jom Heboh di Perkarangan Plaza Angsana Johor Bahru pada 26 & 27 Oktober ini.

Kami tunggu anda di sana!

tex_admin