Hafiz Suip Terkandas Di Jepun Akibat Taufan Trami

Kalau baru-baru ini Hafiz Suip begitu sibuk dengan audition Mentor nya, kali ini Hafiz dan isteri dikhabarkan terkandas di Jepun untuk bercuti. Namun, percutian mereka kali ini turut ditemani taufan Trami yang kini sedang melanda negara matahari terbit itu.

Menerusi instagram penyanyi yang popular menerusi lagu Awan Nano ini, Hafiz turut  berkongsi detik-detik cemas berhadapan bencana alam itu sebaik sahaja mereka selamat tiba di hotel tempat kediaman mereka. Namun, menurut penyanyi ini, disebabkan amaran Taufan Trami mereka diarahkan terus berada didalam bangunan dan hanya mengetahui perkembangan terkini menerusi berita yang disiarkan disaluran televisyen.

Rata-rata pengikutnya dilaman instagram turut mendoakan agar Hafiz dan isteri selamat dan segala urusan dipermudahkan.

Apapun, semoga perjalanan Hafiz Suip dan keluarga dipermudahkan dan dilindungi.

Salma Syahbuddin