Categories: Filem

Filem Pulang, Bukan Filem Skeptikal?

Filem Pulang dijangka akan menjadi salah satu filem yang bakal diangkat dipentas anugerah filem terbesar Malaysia mahupun antarabangsa kerana menggabungkan kisah cinta yang cukup epik bermula pada tahun 1940 an sehingga 2010 dan ia semestinya akan meninggalkan kesan dihati penonton yang menyaksikan filem ini tidak lama lagi.

Dengan kos bernilai RM6 juta, filem Pulang merupakan antara filem yang berkisarkan tentang inspirasi seorang kelasi kapal melayu yang sangat dikehendaki oleh Syarikat Perkapalan Melayu pada ketika itu. Filem Pulang turut dimuatkan dengan unsur-unsur dramatik dan turut menampilkan kisah yang cukup tragis dalam era yang cukup berbeza. 

Mengambil masa pengambaran lebih daripada setahun, Pulang dijangka akan menyajikan anda dengan sentuhan magik Pengarahnya, Khabir Bhatia. Lokasi penggambaran bertempat di Pantai Penarik, Terengganu ini semestinya mengikut tema storyline Khabir Bhatia yang pastinya bakal memukau penonton.

Jadi, kepada peminat dan penyokong filem tempatan, jangan lupa untuk menyaksikan filem Pulang arahan pengarah terkenal, Khabir Bhatia di pawagam terdekat anda tidak lama lagi!

 

Salma Syahbuddin