Categories: Filem

Filem Pulang : Masih Ada Yang Betul-Betul “Pulang” Dari Menontonnya!

Filem Pulang yang mula ditayangkan pada 26 Julai lepas ternyata mendapat pelbagai reaksi dan review dari peminat filem tempatan. Rata-rata, filem ini mendapat pujian secara keseluruhan, dari segi teknikal sehinggalah jalan cerita romantis melankolik yang membuai penonton sehingga ke akhir filem.

Beberapa selebriti turut memberikan review ringkas mereka.

Beberapa selebriti lain pula turut memuat naik pendapat mereka menerusi twitter:

 

 

Ramai yang setuju bila filem Pulang dikatakan filem sedih tahun ini yang meruntun hati mereka.

Remi Ishak membawa wataknya sebagai Othman yang membawa watak yang melangkau era berbeza berjaya dilakonkan dengan sempurna. 

Malah filem yang merupakan filem berskala besar oleh Primeworks Studios yang dikhabarkan menelan belanja sebanyak RM6 juta arahan Khabir Bhatia ini ternyata sangat baik dari segi kesan sinematografi dan CGI. Bait-bait puisi ternyata bagai membawa penonton ke era zaman percintaan klasik Othman-Che Tom.

Ribut badai, kapal karam, paus gergasi, Hong Kong zaman dahulu, di garap cantik! 

Berikut adalah review penonton mengenai efek filem Pulang.

Jangan tak tahu, ada penonton yang seolah-olah masih belum ‘pulang’ (move on) dari menonton filem Pulang! 

Kepada mereka yang belum menonton filem Pulang, segeralah ke Pawagam berdekatan, bawa pasangan, ibu bapa dan keluarga kerana cerita ini diolah untuk tontonan seisi keluarga di mana penekanan aspek-aspek kasih sayang dan kekeluargaan turut mewarnai filem Pulang. 

Sediakan sekotak tisu? Itulah ayat/pesanan cliche daripada mereka yang pulang menonton kerana segagah-gagah ‘abang sado’ pun bisa menitiskan airmata menonton filem Pulang!

SGMS Putri