Categories: Filem

Gugur Air Mata Jantan Syamsul Yusof Bila…

Siapa yang pernah tonton filem Munafik yang ditayangkan dua tahun lalu mesti tahu betapa seramnya filem ini.

Sambutan yang diterima menerusi Munafik sangat luar biasa dan tak hairanlah filem ini berjaya mengutip sebanyak RM 17 juta sekaligus menjadikan Munafik sebagai filem paling laku tahun itu.

Menyedari sambutan yang luar biasa, pengarah Munafik, Syamsul Yusof menghasilkan filem Munafik 2 yang bakal berada di pawagan tanah air bermula 30 Ogos ini.

Bukan filem seram semata-mata, pembikinan filem Munafik 2 menelan kos sebanyak RM2.8 juta.

“ Munafik 2 mempersembahkan lebih banyak eleman Islamik dan dakwah berbanding Munafik. Ia adalah kesinambungan daripada filem Munafik.

“ Kali ini banyak perkara dikupas dan terjawab daripada yang pertama. Munafik 2 bukan filem seram semata-mata,” kata Syamsul.

Tambah Syamsul air mata jantannya turut jatuh ketika melakukan proses suntingan.

“ Munafik 2 menekankan elemen agama Islam di mana unsur dakwah diketengahkan. Saya mahu bawa penonton rasa ajaran Islam dengan watak baru diperkenalkan dalam Munafik 2,” katanya.

Tambahnya, Munafik 2 juga bakal ditayangkan di Indonesia seminggu selepas tayangan di Malaysia. Lebih hebat, ia akan dibuka di lebih banyak pawagam di sana.

“ Untuk tayangan di Malaysia, sebanyak 130 panggung disediakan untuk Munafik 2,” katanya.

Filem terbitan Skop Productions itu menampilkan Syamsul sebagai pelakon utama bersama barisan pelakon hebat lain seperti Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Mawi, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.

SGMS Faida