Categories: Filem

Hairul Azreen Dan Ammar Alfian Dalam Sisatan?

Kedua-dua pelakon filem PASKAL ini dipanggil oleh pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi membuat keterangan dalam masa terdekat berikutan kenyataan pelakon, Hairul Azreen yang mendakwa dia dan Ammar Alfian hampir menjadi mangsa culik ketika penggambaran filem tersebut yang berlaku disekitar kawasan perairan Semporna. 

Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali memaklumkan bahawa kenyataan kedua-dua pelakon tersebut aan dirakamkan di Ibu Pejabat ESSCOM, Lahad Datu.

“ESSCOM akan memanggil kedua-dua pelakon itu untuk rakam kenyataan mereka dalam masa yang terdekat di ibu pejabat ESSCOM.” Katanya

Hazani juga menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Hairul Azreen yang mendakwa hampir menjadi mangsa culik lanun semasa penggambaran fuem tersebut dijalankan adalah sangat tidak berasas. Kerana sepanjang filem itu dijalankan kawasan itu dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Rodziah (TSR), pelakon serta produksi yang terlibat dijaga oleh pasukan keselamatan terlatih iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan meminta agar semua pihak berhati-hati ketika membuat sebarang kenyataan membabitkan isu keselamatan negara.

Apapun, diharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Salma Syahbuddin