Baru Hari Pertama, Munafik 2 Catat Kutipan RM 2.05 Juta

Hebat! Filem bergenre seram Islamik, Munafik 2 telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.05 juta bagi tayangan awal (sneak preview).

Filem terbitan Skop Productions dan President Productions itu mencipta rekod tersendiri iaitu jumlah kutipan tayangan awal paling tinggi bagi filem tempatan.

Jumlah kutipan itu turut disahkan oleh penerbitnya, Datuk Yusof Haslam dengan merangkumi tayangan di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Beliau juga memberitahu, jumlah itu adalah di luar jangkaan.

Filem ke-10 arahan Syamsul Yusof itu turut dibintangi beberapa barisan pelakon popular seperti Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi.

Untuk rekod, filem Munafik pertama yang ditayangkan pada tahun 2016 telah berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM17 juta.

 

SGMS Faida