Categories: Filem

Biar Betul! Bintang Crashing Landing On You Ini Bakal Berkahwin?

Bintang drama bersiri popular Crashing Landing On You ini dikatakan menjalin hubungan cinta diluar waktu penggambaran.

Namun, agensi pengurusan Son Ye Jin, MS Team Entertainment ini sama sekali menafikan hubungan cinta yang terjalin antara kedua-dua bintang terkenal korea tersebut. 

Menurut agensi berkenaan, Son Ye Jin dan Hyun Bin tidak pernah menjalinkan hubungan cinta apatah lagi mengenai perancangan untuk berkahwin. Spekulasi ini mula timbul apabila pihak bertanggungjawab sengaja menggembar-gemburkan mengenai perkahwinan aktres ini.

“Khabar angin mengenai perpisahan mereka mahupun mengenai perkahwinan itu mula diperkatakan oleh pihak tidak bertanggungjawab” 

Sumber : Instagram @hyunbinofficialpage

Tambah agensi berkenaan, gosip mengenai Son Ye Jin dan Hyun Bin ini sama sekali tidak masuk akal lebih-lebih lagi lakonan mereka dalam drama berkenaan menerima reaksi positif dari peminat. 

” Jadi ramai yang tersalah anggap mengenai hubungan mereka hanya kerana keserasian mereka dalam drama bersiri itu” 

Sumber : Instagram @yejinhand

Malah, pihak pengurusan Hyun Bin iaitu VAST Entertainment juga turut menafikan khabar angin tersebut. 

Kedua-dua pelakon ini digosipkan mempunyai hubungan cinta apabila lakonan hebat mereka dalam drama Crash Landing On You mencuri perhatian penonton.

Salma Syahbuddin