Categories: Filem

#JommenangXtra : Saksikan Filem Terbaharu Lee Kwang Soo, The Accidental Detective 2 : In Action Mulai 10 Julai Ini!

Wow! Nampaknya filem sekuel The Accidental Detective 2 kini  kembali menghangatkan kebangkitan filem-filem Korea di Malaysia, kali ini bukan sahaja menampilkan pelakon kegilaan ramai malah watak yang dibawakan oleh Prince of Asia ini juga dilihat sangat melengkapi watak dan jalan cerita dalam filem The Accidental Detective 2 : In Action ini.

The Accidental Detective 2 ini sebenarnya mengisahkan tentang seorang pemilik kedai buku yang akhirnya mengambil keputusan untuk menjual kedainya itu namun, dalam diam Kang Dae-Man mengambil keputusan untuk menjadikan kedainya sebagai sebuah tempat perisikan persendirian. Manakala, Noh Tae-Soo pula adalah bekas ejen perisikan yang turut bekerjasama dengan Kang Dae-Man bagi menyiasat sebuah kes pembunuhan. Kes penyelidikan secara rahsia ini turut mengundang Yeochi seorang penyelidik dan egen perisikan yang cerdik dalam dunia siber. 

Menampilkan pelakon seperti Kwon Sang Wo0 (Kang Dae-Man), Sung Dong-Il (Noh Tae-So) dan Lee Kwang-Soo (Yeochi) pastinya mampu membuatkan anda terpaku dengan lakonan dan gelagat mereka.

Nak tahu, apakah agaknya kesudahan cerita The Accidental Detective 2 : In Action ini, anda  bolehlah menjawab soalan-soalan mudah yang disediakan oleh team Xtra untuk menang tiket dan nikmati filem aksi komedi ini secara PERCUMA! Jadi apa tunggu lagi? Sila klik gambar dibawah ini.

Fighting!!!

Salma Syahbuddin